|
Mendirikan khemah mengikut kumpulan |
|
Pihak penganjur membimbing peserta memasang khemah |
|
Lokasi khemah strategik untuk menjamin keselamatan |
Salam SKKB. Seperti mana terpanggilnya sekolah yang lain untuk membuat inisiatif menjalankan aktiviti Perkhemahan sambil belajar, SKKB menapak selangkah lebih terkedepan dengan menjemput sekolah berdekatan untuk bersama menjayakan program ini. Di samping peserta dari sekolah ini, program pada kali ini juga melibatkan peserta dari SK Tawakal Satap, SK Kampung Subak dan SK Kampung Kuala Sibuti. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam bermula 6 hingga 8 Jualai 2012. Bukan sahaja peserta didedahkan dengan aktiviti hands-on, juga diselitkan dengan hiking, slot Bahasa Inggeris, Jejalah Kira dan juga Latihan Dalam Kumpulan. Kem berakhir dengan penutupan rasmi oleh Guru Besar SKKB, Saudara Masrich Bin Keria. Penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta menamatkan kem pada kali ini yang ternyata mencapai objektif yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment