Salam SKKB. Hari Guru pada tahun ini disambut dengan serba sederhana tetapi tetap meriah. Hari ini dilangsungkan sambutan berkenaan bersama-sama murid dan warga guru SKKB. Perhimpunan rasmi dibuat dengan pengisian ucapan perasmian oleh Guru Besar dan ucapan wakil murid serta nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang oleh semua guru. Wakil pelajar pula telah menyampaikan Kad Hari Guru Gergasi kepada Guru Besar sebagai simbolik sambutannya pada kali ini. Di samping itu, diadakan juga sesi bergambar semua guru dan murid mengikut kelas bagi sesi 2013. Sambutan di akhiri dengan Jamuan dan Acara memotong Kek Hari Guru. Terima kasih kepada PK Ko-kurikulum, Puan Maria Aphonsia kerana merancang dan mengurus Program tersebut dengan jayanya.
Barisan murid SKKB 2013 |
MC Majlis sedang bersiap sedia |
Guru wanita SKKB 2013 |
Guru Besar En. Masrich Bin Haji Keria berucap |
Madam Miriwati Chocolate Strawberry |
Hidangan yang menyelerakan |
Kad Hari Guru Gergasi |
Kek Hari Guru SKKB 2013 |
No comments:
Post a Comment