Pada 21 Januari 2015 yang lalu, hujan lebat telah melanda di daerah Bekenu, Hujan pada jam 3pagi tersebut telah menyebabkan seluruh kampung bulau ditenggelami air. Kampung Bulau dan sekolah ditenggelami air selama tiga hari. Pnp terpaksa ditangguhkan. Guru-guru dan staf masih bekerja pada hari tersebut dengan membuat taklimat dan melengkapkan dokumen-dokumen penting pada minggu kedua persekolahan. Pada 23 Januari 2015, SK Kampung Bulau dikunjungi oleh YB Puan Rosey binti Hj Yunus dan rombongannya yang terdiri daripada Pemanca Haji Ali, Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu dan kaunselor-kaunselor daripada Majlis Daerah Subis, Kunjungan YB Puan Rosey amat dihargai kerana beliau memahami keadaan sekolah. Beliau juga menyumbangkan RM1000 kepada sekolah atas penghargaan kepada pencapaian sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa banjir.
Hujan lebat jam 3 pagi Rabu (21 Januari 2014) |
Jam 7pagi |
Padang simen telah ditenggelami air |
Teratak Ilmu telah ditenggelami air |
Jalan tar dan tempat parkir di kampung bulau telah ditenggelami air |
Sungai Sibuti telah mencecah paras yang sangat tinggi |
Hari Kedua, Hampir keseluruhan Kampung Bulau dan sekolah ditenggelami air |
'kawan' datang melawat dan berjaya membunuh seekor itik |
Guru menggunakan bot ke sekolah |
Warga staf menyeberangi Sungai Sibuti yang deras menggunakan bot |
Air telah naik lebih tinggi |
TERIMA KASIH YB ROSEY |
YB Rosey dan rombongan bersama guru besar sebelum ke sekolah... |
No comments:
Post a Comment