SELAMAT DATANG KE SKKB

Tuesday 17 January 2012

KAMPUNG BULAU, SIBUTI

Kampung Bulau, Sibuti
Salam 1Malaysia, Kampung Bulau adalah salah sebuah kampung di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sibuti.  Terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Pekan Bekenu melalui jalan darat/air.  Penduduknya sekitar 150 orang dengan rumah sebanyak 60 buah.  Penduduk kampung terdiri daripada petani dan peladang di samping nelayan yang mencari nafkah hasil dari kesuburan tanah dan kepelbagaian hasil air di sungai Sibuti.  Ketua Kaum Kampung ini ialah KK Amin Bin Antin.  Penduduknya ramah dan senang untuk dibawa berbual.  Di samping berladang, bertani dan menangkap hasil sungai,  ada juga yang berkhidmat dengan badan kerajaan dan bekerja di syarikat-syarikat swasta. Di samping itu, ada juga yang bekerja di luar negara dalam industri minyak pesisir pantai antarabangsa.  Semoga Kampung Bulau terus permai di bawah limpah rahmat ilahi.

No comments:

Post a Comment