SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday 23 January 2012

LAWATAN TV AL-HIJRAH (SALURAN 114 ASTRO)

Selamat datang ke Kampung Bulau

Salam SKKB.  Pada 18 Disember 2011 yang lalu(semasa cuti hujung tahun 2011), Kampung Bulau telah dilawati oleh rombongan dari TV Al-Hijrah (Astro 114).  Rombongan ini dalam siri ‘Jelajah Dakwah Sirih Pulang ke Gagang’ datang ke sini  bersama selebriti mereka iaitu saudara Muhammad Zaid@Robby Bin Tandang.  Kehadiran mereka disambut dengan meriah oleh penduduk kampung diketuai oleh KK Amin Bin Antin.  Mereka juga berkesempatan melawat sekitar kawasan kampung dan tidak melepaskan peluang ke kawasan bangunan SKKB untuk melihat lebih dekat institusi pendidikan yang ada di sini.  Di samping mengadakan siri lawatan ke beberapa tempat di sekitar kawasan Miri, rombongan ini juga mengadakan sesi temubual dan ceramah ringkas yang disampaikan oleh selebriti Robby Bin Tandang yang juga merupakan anak jati kelahiran Sarawak berketurunan Iban di Bakong yang telah memeluk Islam dan mendalaminya hingga ke menara gading.  Suatu yang menarik juga tentang beliau adalah kebolehan beliau bertutur dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Cina.  Terima kasih kita ucapkan kepada rombongan TV Al-Hijrah di atas kesudian datang kemari untuk membuat rakaman dan beramah mesra dengan penduduk setempat.  

No comments:

Post a Comment