Salam SKKB, pada 28-29 Jun yang lalu diadakan Kem Motivasi Murid Tahun 6 anjuran SK Kelapa Sawit No.2, SKKB dipilih untuk bersama mengikuti Kem berkenaan, pelbagai aktiviti LDK dan Ceramah Motivasi dijalankan sepanjang 2 hari 1 malam itu. Seramai 19 murid Tahun 6 SK KS No.2 dan 3 orang murid Tahun 6 SKKB menyertai khemah pada kali ini. Cikgu Maria Aphonsia dan Cikgu Jordan Jerome Anak Assan merupakan guru pengiring murid SKKB pada kali ini. Diharapkan ada sesuatu yang dapat dibawa balik bagi menambahkan lagi upaya dan wibawa diri calon UPSR mengharungi hari-hari dengan lebih bersedia dan berani. Pastinya UPSR semakin dekat dan kita mendoakan semua calon SKKB bersedia menghadapinya.
|
Peserta Kem |
|
Pembentangan logo Kumpulan |
|
Salah satu sesi LDK kendalian Cikgu Jordan |
|
Keadaan selepas kerusi ditarik |
|
Senaman pagi, kelihatan Cikgu Maria (berbaju T hitam) |
|
Cikgu Jordan tersenyum gembira |
|
Mendengar ceramah di Makmal Komputer SK KS No.2 |
No comments:
Post a Comment