Salam SKKB, kelmarin diadakan majlis berkaitan di Menawan Restaurant di Imperial Palace Hotel di Miri. Majlis berbuka ini dihadiri oleh semua warga SKKB sempena ramadhan yang mulia ini. Di samping mengeratkan ikatan sepasukan, ia juga dijadikan masa untuk mengenali ahli baru dalam warga SKKB. Selamat datang kepada Cikgu Muhammad Zaid dan Cikgu Hannis Syafiq yang baru melapor diri di SKKB bermula 1 Julai lalu. Suasana berbuka sangat selesa diselangi dengan gelak ketawa, gurau senda dan pengambilan foto yang cukup ceria. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Pandu cermat dan berhati-hati di jalan raya. Selamat pergi dan kembali.
Menunggu waktu berbuka |
Bersama Tuan Guru Besar |
Lawak sebabak |
Alfadhil berdua |
Playmaker of todays event, Thank you Mr. Jordan |
Pre-birthday cake for Puan Pentadbir |
Most wanted |
Aftermath |
Bersedia untuk pengambilan foto |
Beautiful creatures |
Main dish |
No comments:
Post a Comment