SELAMAT DATANG KE SKKB

Saturday 3 November 2012

TEMASYA SUKAN 2012

Sukan 2012 bermula
Salam SKKB.  Pada 20-21 Oktober yang lalu dilangsungkan Temasya Sukan 2012.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara tahunan ini dalam keadaan sederhana tetapi tetap meriah.  Untuk snapshot tenasya ini boleh layari akaun Facebook SKKB.  Majulah sukan untuk semua.

Sunday 21 October 2012

GOTONG-ROYONG 2

Membina khemah untuk Murid rumah sukan

Kelihatan En. Awang mengetuai pembinaan khemah ini

Pemasangan kanvas sebagai atap khemah 

Lorong untuk acara balapan

Khemah yang sedang dibina untuk tempat ahli rumah sukan berteduh dari panas matahari

Kelihatan padang yang dikelilingi oleh banting

Mengindahkan mini astaka SKKB

Melitupi tiang astaka dengan daun kelapa yang telah dianyam cantik

Membersihkan bilik RMT dan PSS untuk tempat Jamuan

Enci Achik sedang membantu warga SKKB menceriakan astaka

Padang yang telah siap sedia untuk Sukan 2012 
Salam SKKB.  Gotong-royong kali ke-2 diadakan pada 18 September dengan agenda menyiapkan kerja memasang banting dan mengecat lorong balapan.  Di samping itu membina khemah tambahan untuk murid rumah sukan dan Khemah urusetia telah dilakukan pada petang yang sama.  Para ibu pula ditugaskan untuk mengemas Bilik RMT dan PSS di samping menceriakan Mini Astaka.  Terima kasih kepada semua yang terlibat.

GOTONG-ROYONG 1

Tapak serbaguna yang telah dibuat pemanjangan siap sedia untuk dijadikan  Gelanggang Bola  Tampar
Kelihatan Ustaz Noh sedang meratakan simen

Gotong royong 1 sempena sukan SKKB 2012 

Mencampur bahan konkrit
Salam SKKB.  Gotong - royong pertama sempena Sukan SKKB 2012 dijalankan pada 15 September 2012.  Ahli PIBG dan warga SKKB menjalankan aktiviti menyimen tapak serbaguna di samping membuat persediaan padang.  Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk aktiviti ini.

PEMANJANGAN TAPAK SERBAGUNA SKKB

Menggali tanah untuk menyimen pemanjangan tapak serbaguna 

Murid Tahun 6 juga terlibat sama seperti dalam Program Pasca UPSR 2012 

Tanah yang telah siap digali sedia untuk disimen
Salam SKKB.  Setelah dipersetujui bersama,  warga SKKB telah menjalankan program memanjangkan  tapak perhimpunan untuk memastikan tapak sedia ada dapat digunakan untuk aktiviti riadah yang lain.  Pemanjangan tapak ini memerlukan warga SKKB menggembeleng tenaga dan tulang empat kerat kerana tugas ini memerlukan mereka berada di bawah panas terik matahari.  Apa pun syabas kepada semua kerana dapat memastikan ia dapat dilaksanakan untuk persediaan Sukan Tahunan 2012.

TAPAK SERBAGUNA SKKB

Projek Tapak Serbaguna SKKB

Kawasan di mana dicadang dilakukan pemanjangan tapak

Gambar tapak serbaguna dari blok sekolah
Salam SKKB.  Projek pembinaan Tapak Serbaguna SKKB ini adalah susulan permohonan pihak sekolah untuk diwujudkan tapak bersimen di hadapan blok sekolah untuk kemudahan perhimpunan dan aktiviti sukan.  Maka itu projek ini dapat dilaksanakan pada September yang lepas dibawah peruntukan Majlis Daerah Subis.  Dengan adanya tapak ini, dapatlah menjadi tempat yang selesa untuk perhimpunan dan aktiviti seperti bermain Bola Tampar dan Bola Baling.  

LALUAN PEJALAN KAKI BERSIMEN

Kelihatan di sebelah kiri gambar laluan bersimen bersambung dengan laluan kayu sedia ada

Laluan bersimen ini amat berguna apabila keadan becak akibat hujan
Salam SKKB.  Pada tahun ini, sekolah telah diperuntukkan dengan Projek Laluan Bersimen di bawah peruntukan Majlis Daerah Subis.  Projek ini amat dinantikan oleh pihak sekolah kerana ia dapat menghubungkan sekolah hingga ke Dewan Kampung Bulau yang berhampiran dengan jambatan gantung kampung.  Ini bermakna murid-murid sekolah tidaklah khuatir tentang  jalan becak yang dahulu mengotorkan kasut mereka.  Semoga pada masa yang akan datang banyak lagi projek yang memanfaatkan sekolah dapat disalurkan bagi kemudahan anak didik di kawasan ini.

DI AMBANG UPSR 2012

PK1 Sedang mencari info untuk dikongsi kepada calon sebelum kembali ke Dewan Peperiksaan

Guru Bahasa Melayu memberi tips berguna untuk kertas 011

Cikgu Jurinawati bersama calon meneliti soalan yang mungkin keluar
Salam SKKB.  Pada 11-13 September 2012 berlangsung Peperiksaan UPSR sebenar untuk 4 orang calon sekolah.  Pada tahun ini, sekolah ccuba memperbaiki rekod yang dicapai pada tahun lepas dan mensasarkan keputusan sekurang-kurangnya 75% kelulusan keseluruhan matapelajaran.  Keputusan dijangka diperoleh sebelum sesi persekolahan 2012 menutup tirainya.  Kita mendoakan kecemerlangan kepada semua yang terlibat.

Monday 24 September 2012

SUKAN 2012

Sukan 2012 
Salam SKKB.  Sukan pada tahun 2012 dijangka akan diadakan pada 20-21 Oktober ini.  Persediaan untuk temasya sukan pada kali ini sedang rancak dibuat.  Seperti pada tahun yang lepas, sokongan PIBG dan penduduk setempat dapat memastikan sukan ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.  Marilah sama-sama memeriahkannya.

Wednesday 19 September 2012

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Kibaran Jalur Gemilang di Bumi Bulau

PKKK mengetuai barisan kemerdekaan

Tadika Kemas juga turut serta
Snapshot di Jambatan Gantung Bulau

Cikgu Maria Aphonsia sedang memerhati kerenah anak murid

Yang berbaju merah sedang bersemangat mengibar mendera
Salam SKKB.  Sambutan Bulan Kemerdekaan seperti pada masa lalu dijalankan dalam keadaan sederhana tapi meriah di mana semua warga SKKB dan murid-murid menyambutnya dengan penuh semangat kecintaan terhadap negara.  Kibaran Jalur Gemilang dan walkaton mengelilingi Kampung Bulau memberi makna yang mendalam kepada hati semua yang terlibat.  Kemerdekaan bukan sekadar di mulut sahaja di sini.  Janji tetap ditepati untuk meralisasikannya untuk kenangan bersama.

MAJLIS SOLAT HAJAT & IZIN ILMU 2012

Bacaan Yassin & Tahlil juga diadakan

Program dikepalai oleh Ustaz Mohd Noh Bin Laden

Terima kasih kepada semua penduduk Kpg Bulau di atas 'masingkaya' pada kali ini

Warga emas juga tidak ketinggalan mengimarahkan majlis
Salam SKKB. Acara tahunan ini dibuat pada 06 September 2012 di Suarau Kampung Bulau dengan kerjasama semua penduduk setempat.   Tarima kasih kepada semua yang terlibat terutama sokongan tidak berbelah bahagi oleh KK Amin Bin Antin.  Takziah juga diucapkan kepada keluarga Allahyarham Nenda Usin Bin Laggang yang kembali kerahmatullah pada hari yang sama.  Majlis didahului dengan solat Maghrib kemudian diiringi dengan Bacaan Yassin dan Tahlil.  Kemudian selepas solat Isya' diteruskan dengan Solat Hajat dan penyempurnaan Majlis Izin Ilmu.  Sebelum bersurai, hadirin dijemput untuk jamuan ringan.

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHAP 2

Barisan murid Tahap 2 

Tuan Guru Besar sedang memberi amanat

Ibu bapa/penjaga murid Tahap 2 mendengar penerangan

Calon UPSR 2012
Jamuan ringan selepas perjumpaan, terima kasih YDP PIBG

Antara barisan pendidik SKKB 2012
Salam SKKB.  Seminggu sebelum UPSR 2012, telah diadakan perjumpaan ibu bapa/penjaga murid Tahap 2 untuk bersemuka dan membincangkan analisis terkini tentang kemajuan akademik dan aktiviti sekolah semasa.  Sambutan amat menggalakkan.  Terima kasih kita ucapkan kepada semua ahli PIBG dan warga SKKB kerana menjayakan pertemuan pada kali ini.  Di antara pengisian di sepanjang pertemuan kali ini adalah perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran tentang perkembangan murid tahap 2 khususnya terhadap calon UPSR 2012.

MALANG TIDAK BERBAU

Tidak dapat diselamatkan lagi

Tinggal tiang dan atap zink
Salam SKKB.  Sehari sebelum kita menyambut kemerdekaan negara, Bulau dikejutkan dengan tragedi kebakaran yang menimpa mantan YDP PIBG SKKB sesi 2010-2011 iaitu Pn. Roselin Binti Abd Samad.  Kejadian yang berlaku tanpa disedari itu telah meranapkan keseluruhan rumah beliau dalam masa tidak sampai 20 minit.  Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut namun kerugian yang ditanggung mencecah ribuan ringgit.  Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

Monday 6 August 2012

GAMBAR MENGIKUT KELAS 2012

Kelas paling ramai murid

Kelas tanpa murid perempuan

Kelas Cikgu Huang

Kelas harapan

Kelas Cemerlang

Kelas UPSR