SELAMAT DATANG KE SKKB

Thursday 25 April 2013

PERJUMPAAN IBU BAPA, GURU & MURID BIL.1/2013

Perjumpaan dengan calon UPSR

Perbincangan dengan guru kelas

Mendapatkan slip keputusan dari Guru Kelas Tahun 5

Perbincangan dengan Guru Kelas Tahun 4
Salam SKKB.  Pada 23 April 2013 diadakan perjumpaan bersemuka dengan 3 entiti utama sekolah untuk membincang prestasi akademik murid.  Ini berikutan dengan keputusan Ujian 1 yang boleh diperoleh secara talian di SAPS.  Perbincangan menjurus kepada prestasi semasa murid dan perbincangan tentang program akademik yang akan diadakan pada masa terdekat.  Terima kasih kepada ibu bapa di atas jamuan yang disediakan semasa pertemuan pada kali ini.  Bersama-sama kita menjulangi Bulau.


MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

Ibu bapa dan guru-guru yang hadir

Sedang khusyuk membaca minit
Salam SKKB.  Pada 18 April 2013 telah diadakan mesyuarat agung PIBG antara lain untuk memilih JK PIBG 2013-2014 yang tertangguh.  Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan agenda pada hari berkenaan.  Antara yang dibincangkan selain pemilihan AJK baru PIBG adalah tentang aktiviti sekolah sepanjang tahun serta Program Bitara III yang berfokus kepada program peningkatan Prestasi Akademik murid SKKB.

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA PERINGKAT SR BAHAGIAN MIRI 2013

Diadakan  di SJKC Chung Hua Sibuti

Pemidato menyampaikan pidato mereka
Salam SKKB.  Pada 15 April yang lalu diadakan pertandingan pidato di mana Daerah Subis diberi kepercayaan menganjurkan acara berkenaan.  seramai 12 peserta terlibat di dalam pertandingan kali ini dengan SKKB diberi tugas dalam AJK Penutupan dan Juruacara.  Tahniah kepada semua pemenang.

BOLA SEPAK 12TKB PERINGKAT DAERAH SUBIS 2013

Pasukan yang bertanding 

MC sedang bertugas

Sementara menunggu giliran
Salam SKKB.  Pada 09 April yang lepas di adakan pertandingan bola sepak 12tkb peringkat daerah Subis di mana 2 orang pemain dari SKKB telah terpilih iaitu Aqmal Aqimie Bin Myni dan Mohd Sharizzal Amrie Bin Hamlee.  Mereka juga telah dipilih ke pemilihan akhir pasukan Bola Sepak Subis untuk ke peringkat bahagian Miri.  Amrie berjaya di pilih ke peringkat berkenaan.  Syabas kepada wakil SKKB.

PENEMPATAN PERTAMA

Salam SKKB.  Pada awal April yang lepas diadakan Jamuan Makan Malam bersama Guru bersempena kedatangan guru baru ke dalam warga SKKB 2013.  Selamat datang kami ucapkan kepada beliau (seperti gambar di bawah) dan semoga berkhidmat di SKKB dengan penuh dedikasi.


Cikgu Jordan Jerome Ak Assan
Penat kekenyangan

Wednesday 24 April 2013

PEMASANGAN BESTARINET

Salam SKKB.  Pada 02 April 2013, Field Engineer dari ITC Bestarinet Cawangan Miri iaitu En. AJ Philip telah datang ke sekolah untuk pemasangan Bestarinet menggantikan Schoolnet sedia ada.  Beliau telah memasang dan menguji capaian Bestarinet serta membantu untuk mengatur LAN untuk linkage dengan PC sekolah.  Terima kasih kami ucapkan kepada beliau.



Pemasangan Bestarinet di SKKB







Monday 1 April 2013

JALAN MENUJU KE SKKB TERPUTUS

Salam SKKB.  Kelmarin merupakan hari pertama kembali bertugas ke sekolah semula bagi kalangan guru dan staf seluruh sekolah di Malaysia.  Seperti biasa perjalanan ke sekolah sejak awal pagi lagi sudah menjadi rutin sebahagian guru di sini.  Namun demikian, warga SKKB dikejutkan dengan keadaan jalan yang terputus akibat banjir kilat yang berlaku di sekitar kawasan Kampung Bulau yang mengakibatkan kesukaran mengharungi jalan yang dipenuhi oleh air itu.

Mujurlah ada di kalangan guru yang mempunyai kereta pacuan 4 roda yang datang untuk membantu.  Berikut snapshot keadaan laluan yang dilitupi air pada pagi semalam :



Laluan terputus akibat banjir kilat

Akibat hujan sepanjang malam semalam

Terkandas di tengah jalan

Air semakin naik