SELAMAT DATANG KE SKKB

Wednesday 10 February 2016

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 SK Kampung Bulau,Bekenu 2016

Pada 22 Januari 2016, SK Kampung Bulau telah mengadakan Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 2016 di bawah bangunan sekolah. Kehadiran YB Puan Rosey Binti Haji Yunus merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N 61 Bekenu turut menambah kemeriahan majlis tersebut. Beliau telah menghadir diri secara serentak semasa majlis tersebut sedang berlangsung. Persembahan adik-adik murid Tahun 1 Amanah yang sungguh mencuit hati memeriahkan lagi majlis tersebut. YB Puan Rosey turut menepati janji beliau dengan menghadiahkan RM 2000 sebagai intensif kepada semua guru atas kejayaan mendapat 100% dalam UPSR tahun 2015 dan memberi bantuan RM 3000 cek untuk membaiki astaka SK Kampung Bulau. Berikut adalah gambar yang diambil oleh Cikgu Muhammad Zaid.


GB Anita tengah berucap

Pemberian cek RM 3000 utk PIBG dan RM 2000 untuk sekolah

Makan Time..yum yum..

Persembahan murid Tahun 1

YB Rosey tengah berucap

Thursday 21 January 2016

Majlis Jasamu Dikenang GB Masrich dan Selamat Datang kepada GB Anita






Selamat Tahun Baharu 2016, Salam Sejahtera dan Salam SKKB,



Pada 11 Januari 2016 yang lalu, SK Kampung Bulau telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Selamat Datang Ke SK Kampung Bulau. Majlis tersebut diadakan untuk mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar Encik Masrich bin Haji Keria yang telah berpindah untuk menjadi guru besar di SK Tanjung Belipat, Batu Niah, dan menyambut guru besar baharu iaitu Puan Anita binti Othman. Terima Kasih kepada Encik Masrich bin Haji Keria dan Selamat Bertugas di SK Tanjung Belipat. Selamat Datang kepada Puan Anita binti Othman. Berikutlah gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut berlangsung.