SELAMAT DATANG KE SKKB

Wednesday 17 December 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

Salam sejahtera dan Salam SKKB,


Pada 26 November 2014 yang lepas, keputusan UPSR telah diumumkan. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada adik Nur Syaduratul Fitriyah, adik Siti Nur Dayana, adik Mohamad Firdaus dan adik Mohamad Asri kerana mendapat keputusan yang sungguh memuaskan.  Semua calon UPSR 2014 SKKB telah lulus 100%, GPS pada 1.9. Syabas dan tahniah  kepada semua warga SK Kampung Bulau, PIBG SKKB dan penduduk kampung Bulau. BULAU BERUSAHA, BULAU BERJASA!

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SKKB 2014

Salam sejahtera dan Salam SKKB,

Pada 21 November 2014 yang lepas, SKKB telah mengadakan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di Dewan Serbaguna Kampung Bulau. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan merupakan majlis penutup segala aktivit sepanjang tahun 2014. Majlis tersebut dihadiri oleh semua warga sekolah, PIBG dan semua penduduk Kampung Bulau. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang majlis tersebut.
Warga SK KAMPUNG BULAU



GB Masrich memberi ucapan

Persembahan murid Tahun 3 

Tenaga pengajar SKKB

Murid-murid Tahun 6 dan semua guru.

Persembahan Murid-murid Tahun 6


Asri

Firdaus

Fitriyah

Dayana

Malam Aspresiasi Seni Kebudayaan 2014

Salam Sejahtera dan Salam SKKB

Pada 16 November 2014 yang lepas, SKKB telah menganjurkan Malam Aspresiasi Seni Kebudayaan 2014 di dewan terbuka Kampung Bulau. Malam Aspresiasi Seni Kebudayaan ini telah dikendalikan oleh Cikgu Nurasyidah selaku penyelaras dan dibantu oleh Cikgu Jordan. Majlis ini merupakan majlis yang pertama sekali diadakan di Kampung Bulau. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengenali kebudayaan dan kesenian masyarakat berbilang kaum di Malaysia, Permainan traditional seperti chap teh, tali bintang dan perahu undur, chumei telah diadakan pada sebelah petang manakala tarian tradisional seperti Ngajat Indu (Suku kaum Iban), Odi Kebun(Suku kaum Bidayuh), Adai-adai (Suku kaum Kedayan) dan Menyak (Suku kaum Melanau). Guru-guru dan staf SK Kpg Bulau juga menari tarian Jamilah bagi menghangatkan suasana pada malam tersebut. Pihak PIBG turut mempersembahkan Bermukun pada malam tersebut. Berikut adalah gambar yang diambil pada sebelah petang dan malam Seni kebudayaan.


















Tuesday 16 December 2014

SUKAN TAHUNAN 2014

Salam Sejahtera dan Salam SKKB,

Pada 24 dan 25 Oktober 2014 yang lepas, SKKB dan PIBG SKKB  telah menganjurkan Sukan Tahunan 2014 di perkarangan sekolah. Kejohanan Sukan Tahunan 2014 merupakan sukan tahunan yang paling meriah pernah diadakan, Kejohanan Sukan Tahunan 2014 telah mendapat sambutan yang cukup baik bukan sahaja daripada warga penduduk Kampung Bulau,malah kampung berhampiran seperti Kampung Mutap, Kampung Sinup dan warga Ladang Template Plantation turut serta menyertai kemeriahan sukan Tahunan SKKB. Pada tahun ini, sukan tahunan juga terbuka kepada orang ramai untuk turut bersama menyertai sukaneka  seperti motosikal lambat, tarik tali dan makan biskut. Cabutan bertuah, teka berat buah labu, dan teka berapa banyak gula-gula di dalam botol turut mendapat sambutan yang sungguh memuaskan. Berikut adalah gambar yang diambil semasa sukan tahunan 2014.