SELAMAT DATANG KE SKKB

Tuesday 27 August 2013

FOTO KEM MOTIVASI II 2013 (HARI KE-3)

Pertandingan bola baling

Senaman ringan

Perlawanan bermula

Pasukan menang melawan urusetia

Sesi bersalaman selepas majlis penutupan

Gambar kenangan peserta dengan penganjur
Salam SKKB.  Begitulah beberapa foto yang dapat dikongsi bersama di blog ini.  Diharapkan kem ini dapat memberi makna mendalam kepada semua peserta.  Terima kasih, selamat berpisah, di lain waktu bertemu lagi.

Monday 26 August 2013

FOTO KEM MOTIVASI II 2013 (HARI KE-2)

Selepas lari berhalang

Math Xplorace

Merarau
Peserta menjamu selera

Bersedia untuk slot BI

Slot Matematik

Lari berhalangan
Bersedia untuk aktiviti malam

Terima kasih para ibu atas sumbangan tenaga

Ikan yang lazat, terima kasih cikgu huang

Unggun api
Salam SKKB.  Ini merupakan beberapa foto hari ke-2 sepanjang Kem.  Saya akan upload lagi untuk hari yang ke-3.

Sunday 25 August 2013

FOTO KEM MOTIVASI 2013 (HARI-1)

Menunggu kedatangan peserta
Ketibaan peserta dengan Guru Besar SK Kampung Kuala Sibuti
Sesi taklimat dari Kem Komandan
Baru habis melaksanakan solat di Suraui Al-Hidayah 
Sesi LDK diketuai oleh Ustaz Mohd Ridhwan

Kumpulan ini fasilitatornya ialah Cikgu Zaid

Cikgu Huang dengan kumpulannya

Keadaan Cikgu Mohd Syafiq tanpa HPnya, semangat Cikgu
Salam SKKB.  Beberapa gambar diambil pada hari pertama kem.  Saya akan cuba upload foto lain pada post akan datang.

SAMBUTAN BULAN MERDEKA 2013

Salam SKKB.  Bulan Ogos semakin hampir ke penghujungnya.  SKKB menyambut bulan kemerdekaan ini dengan keadaan serba sederhana.  SKKB dihiasi dengan bentangan jalur gemilang dan kibaran-kibaran kecil bendera kebangsaan kita.  Diharapkan dengan adanya sambutan kecil sebegini dapat mengingatkan para pelajar tentang peri pentingnya menanam teguh erti kemerdekaan ini sampai hujung nyawa, tanah tumpah darahku.

Kibaran jalur gemilang
Barisan jalur gemilang
Selamat menyambut hari merdeka

Friday 23 August 2013

KEM MOTIVASI II (SEIRING SEJALAN) 2013

Sebaris, sederap
Salam SKKB, bermula petang ini hingga ke hujung minggu nanti akan diadakan seperti pada tahun yang lepas Kem ke-2 dalam sesi 2013.  Beberapa buah sekolah akan mengikuti program ini antara lain bermatlamat untuk memberi sedikit input berguna bagi pecutan terakhir sebelum UPSR yang akan datang tidak berapa lama lagi.  Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan aktiviti di sepanjang kem ini untuk membangkitkan semangat dan jati diri dalam memastikan keseimbangan JERI dapat dikekalkan sehingga akhir hayat.  Selamat berkhemah kepada semua.

Saturday 17 August 2013

SALAM LEBARAN 2013/1434H


Salam SKKB.  Lebaran telahpun tiba seperti pada setiap tahun Hijrah yang lalu, kembali memuji yang maha kuasa betapa syukurnya kita meraikan kegembiraan sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan.  Salam lebaran kami tujukan khas kepada SEMUA penduduk Kampung Bulau, warga SKKB dan murid-murid yang dikasihi.  Tidak dilupakan juga ditujukan kepada semua rakan taulan dan sahabat handai di mana jua berada dengan ucapan, selamat hari raya, maaf zahir dan batin,  moga selamat pergi dan kembali ke SKKB.  Sesi persekolahan selepas cuti bermula pada 19hb Ogos 2013.  Harap maklum.