SELAMAT DATANG KE SKKB

Friday 21 February 2014

Gotong- Royong pertama PIBG 2014




Salam sejahtera
Pada 15 Februari 2014 yang lalu, PIBG SKKB telah mengadakan satu gotong royong membersihkan kawasan sekolah, menggali parit, menurap lorong belakang dewan  dengan batu dan membaiki pondok ilmu yang sudah lama tidak dibaik pulihkan. Semua ibu bapa dan pelajar dan warga SKKB bertungkus lumus menyiapkan. Hidangan dan minuman di hidang secara 'potluck' oleh semua warga dan ibu bapa.  Gotong-royong tersebut bermula dari jam 8 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

                                 Pondok Ilmu yang tidak beratap
                             Pondok ilmu yang telah siap dan disimenkan 
                              
                 Guru-guru, staf dan YDP berehat untuk mengumpul kembali tenaga
                       Cikgu Rohayati mengetuai proses menutar tikar getah bilik Tahun 3
                           Kaum Ibu sedang menggali parit
                   Pengawal keselamatan sedang membantu Encik Awang mengangkat papan lapis.
                     Penggunaan jentera untuk melebarkan dan mendalamkan parit sekolah.
                     Proses membancuh simen oleh kaum bapa.
                 Ketua Kaum Amin turut menghulurkan bantuan.
                 Kaum Bapa memindahkan simen ke dalam kereta sorong.
                    Bilik Tahun 3 nampak ceria dengan tikar getah baharu
                      Ustaz Noh meratakan simen.
                     Jamuan ringan yang disediakan secara "potluck".









Monday 17 February 2014

Banjir Datang lagi!! Kampung Bulau ditenggelami air bah.

Pada 24 Januari 2014,  seluruh Kampung Bulau telah ditenggelami air. Hujan lebat selama 4 hari berturut-turut telah menyebabkan sekolah terpaksa ditutup demi keselamatan semua murid. Namun, semua staf tetap hadir walaupun sekolah sudah ditenggelami air.

                            Banjir di bawah bangunan sekolah
                        Salah satu rumah penduduk kampung
                           Jalan di persekitaran kampung ditenggelami air.
                           Ustaz Noh dan Cikgu Kenedy mengangkat tunggul kayu yang menghalang jalan ladang
                           PK1 dan  Pembantu tadbir meredah air banjir dalam perjalanan menuju ke sekolah demi anak bangsa dan Saya yang menurut perintah.
              SK KAMPUNG BULAU bagai terapung di atas tasik.
                 Kuarters guru bagai kampung air.
                Paras air pada tahap merbahaya. Pengawal keselamatan membawa staf yang hendak balik rumah  menggunakan bot ke parkir kereta. 
                               Keadaan jalan ladang menuju ke sekolah rosak selepas banjir.

Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ke SK Kampung Bulau

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua,
Hari ini  (17 Februari 2014) SKKB menerima kedatangan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dari JNJK Cawangan Miri yang diketuai oleh Encik Gugkang Raja, Encik A. Rahim dan Encik Chan Kat Leong. Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama dalam tempoh  masa 8 tahun. Antara guru yang dicerap ialah, Pn Miriwati Bt Abu Bakar (PK1) untuk subjek Bahasa Inggeris, Pn. Jurinawati Bt Jorani (PKHEM) untuk subjek Bahasa Malaysia dan En. Muhammad Zaid Bin Mohd Ramli (Guru Data)  untuk subjek Matematik.
                                     Proses perbincangan sedang dijalankan.


 Proses perbincangan telah  selesai antara Jemaah Nazir dengan Penolong- Penolong Kanan SKKB.
Duduk dari kiri ke kanan: Pn Maria Aphonsia (PKKK), Pn Jurinawati Bt Jorani (PKHEM),
Pn Miriwati Bt Abu Bakar (PK1), En. Gugkang Raja, En, A. Rahim dan En Chan Kat Leong 
  Gambar kenang-kenangan bersama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bersama warga SKKB



 * Terima kasih Double Jay Studio untuk gambar.

MSSR Saringan di Stadium Miri

Pada 8 Februari 2014, SK Kampung Bulau telah menghantar wakil seramai 8 orang murid untuk menyertai MSSR saringan yang berlangsung di Stadium Miri. Semua warga sekolah  juga terlibat  pada hari tersebut menjadi urusetia, hakim dan guru pembimbing. Hanya dua orang saja berjaya mewakili sekolah dan seterusnya mewakili Zon Sibuti.  Tahniah kepada adik Joshua Giggs Nyambung Anak Johnny (Gangsa-100m 10TKB) dan adik Khairul Azhar bin Simoto (Perak- Lompat jauh 10TKB).

                                                  Kontigen dari SK Kampung Bulau

                Khairul Azhar bin Simoto- Pingat Perak Lompat Jauh 10TKB
             Joshua Giggs Nyambung Anak Johnny- Pingat Gangsa 100m (10TKB)