SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday 24 September 2012

SUKAN 2012

Sukan 2012 
Salam SKKB.  Sukan pada tahun 2012 dijangka akan diadakan pada 20-21 Oktober ini.  Persediaan untuk temasya sukan pada kali ini sedang rancak dibuat.  Seperti pada tahun yang lepas, sokongan PIBG dan penduduk setempat dapat memastikan sukan ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.  Marilah sama-sama memeriahkannya.

Wednesday 19 September 2012

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Kibaran Jalur Gemilang di Bumi Bulau

PKKK mengetuai barisan kemerdekaan

Tadika Kemas juga turut serta
Snapshot di Jambatan Gantung Bulau

Cikgu Maria Aphonsia sedang memerhati kerenah anak murid

Yang berbaju merah sedang bersemangat mengibar mendera
Salam SKKB.  Sambutan Bulan Kemerdekaan seperti pada masa lalu dijalankan dalam keadaan sederhana tapi meriah di mana semua warga SKKB dan murid-murid menyambutnya dengan penuh semangat kecintaan terhadap negara.  Kibaran Jalur Gemilang dan walkaton mengelilingi Kampung Bulau memberi makna yang mendalam kepada hati semua yang terlibat.  Kemerdekaan bukan sekadar di mulut sahaja di sini.  Janji tetap ditepati untuk meralisasikannya untuk kenangan bersama.

MAJLIS SOLAT HAJAT & IZIN ILMU 2012

Bacaan Yassin & Tahlil juga diadakan

Program dikepalai oleh Ustaz Mohd Noh Bin Laden

Terima kasih kepada semua penduduk Kpg Bulau di atas 'masingkaya' pada kali ini

Warga emas juga tidak ketinggalan mengimarahkan majlis
Salam SKKB. Acara tahunan ini dibuat pada 06 September 2012 di Suarau Kampung Bulau dengan kerjasama semua penduduk setempat.   Tarima kasih kepada semua yang terlibat terutama sokongan tidak berbelah bahagi oleh KK Amin Bin Antin.  Takziah juga diucapkan kepada keluarga Allahyarham Nenda Usin Bin Laggang yang kembali kerahmatullah pada hari yang sama.  Majlis didahului dengan solat Maghrib kemudian diiringi dengan Bacaan Yassin dan Tahlil.  Kemudian selepas solat Isya' diteruskan dengan Solat Hajat dan penyempurnaan Majlis Izin Ilmu.  Sebelum bersurai, hadirin dijemput untuk jamuan ringan.

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHAP 2

Barisan murid Tahap 2 

Tuan Guru Besar sedang memberi amanat

Ibu bapa/penjaga murid Tahap 2 mendengar penerangan

Calon UPSR 2012
Jamuan ringan selepas perjumpaan, terima kasih YDP PIBG

Antara barisan pendidik SKKB 2012
Salam SKKB.  Seminggu sebelum UPSR 2012, telah diadakan perjumpaan ibu bapa/penjaga murid Tahap 2 untuk bersemuka dan membincangkan analisis terkini tentang kemajuan akademik dan aktiviti sekolah semasa.  Sambutan amat menggalakkan.  Terima kasih kita ucapkan kepada semua ahli PIBG dan warga SKKB kerana menjayakan pertemuan pada kali ini.  Di antara pengisian di sepanjang pertemuan kali ini adalah perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran tentang perkembangan murid tahap 2 khususnya terhadap calon UPSR 2012.

MALANG TIDAK BERBAU

Tidak dapat diselamatkan lagi

Tinggal tiang dan atap zink
Salam SKKB.  Sehari sebelum kita menyambut kemerdekaan negara, Bulau dikejutkan dengan tragedi kebakaran yang menimpa mantan YDP PIBG SKKB sesi 2010-2011 iaitu Pn. Roselin Binti Abd Samad.  Kejadian yang berlaku tanpa disedari itu telah meranapkan keseluruhan rumah beliau dalam masa tidak sampai 20 minit.  Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut namun kerugian yang ditanggung mencecah ribuan ringgit.  Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.