SELAMAT DATANG KE SKKB

Friday 25 September 2015

BUAYA DITANGKAP DI SUNGAI SIBUTI.

Salam Sejahtera,

Pada 9 Jun 2015 yang lalu, Kampung Bulau digemparkan oleh penangkapan dua ekor buaya di Sungai Sibuti. Buaya tersebut ditangkap oleh pihak Sarawak Forest Corporation dan Pihak Pertahanan Awam kerana buaya tersebut telah berada terlalu dekat dengan kawasan kampung. Seekor lagi buaya ditangkap di Kampung Mutap iaitu kampung bersebelahan dengan Kampung Bulau. Buaya yang ditangkap di Kampung Bulau adalah seberat 1 tan dan panjang 12 kaki manakala buaya yang ditangkap di Kampung Mutap adalah seberat 1 tan dan panjang 13 kaki. Buaya tersebut telah dipindahkan ke Miri Crocodile Farm yang terletak di Kuala Baram.  Berikut adalah gambar yang diambil semasa penangkapan buaya-buaya tersebut.

Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau

Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau

Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau

Buaya yang ditangkap di Kpg Mutap

Pesta Makan Buah-Buahan SK Kampung Bulau

Salam SKKB dan salam sejahtera,

Pada 14 September 2015, SK Kampung Bulau telah mengadakan satu pesta makan buah-buahan tempatan. Kebetulan pula, pada bulan ini adalah musim buah-buahan. Pelbagai jenis buah seperti buah durian, buah manggis, rambutan dan buah terap disajikan kepada semua warga SK Kampung Bulau.







Calon-Calon UPSR SK KAMPUNG BULAU 2015

Salam SKKB dan Salam sejahtera,

Pada 8-10 September 2015, UPSR  telah berlansung dengan jayanya di seluruh negara. Pada tahun ini, hanya tiga orang calon sahaja yang berdaftar. Calon-calon UPSR pada tahun ini adalah adik Izdiyad Muslihuddin Bin Muslim, adik Khairul Azhar bin Simoto dan adik Mohamad Hilary Hussein bin Mohd Firdaus Bolhan. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya.

Adik Hussein dan Ibunya Puan Norita.

Adik Izdiyad dan bapanya Encik Muslim

Adik Azhar dan ibunya Puan Findah

PSKPP BAHAGIAN MIRI

Salam SKKB dan salam sejahtera,

Pada 22 Ogos 2015, SK Kampung Bulau telah menghantar dua orang guru untuk menyertai PSKPP Bola Sepak Bahagian Miri anjuran PPD Marudi. Guru-guru yang terlibat ialah Cikgu Kenedy anak Pangkau dan Cikgu Hannis Syafiq Bin Omar. Perjalanan ke Pekan Marudi merupakan satu 'trip' yang pertama kepada guru-guru yang lain. Guru-guru yang lain turut serta menjadi penyokong kepada Cikgu Kenedy dan Cikgu Syafiq. Tahniah kepada kedua-dua guru tersebut kerana meraih tempat ketiga dalam perlawanan bola sepak tersebut.









Thursday 24 September 2015

Ramah Tamah Aidilfitri 2015

Salam Sejahtera,

Pada 13 Ogos 2015, SKKB telah mengadakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri bertemakan Riang Ria Raya Kpg Bulau yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Bulau. Majlis berlangsung dengan meriahnya bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah gambar yang diambil semasa majlis tersebut berlangsung.








SUKAN TAHUNAN SK KAMPUNG BULAU 2015

Salam sejahtera dan salam SKKB,

Pada 7-8 Ogos 2015, SK Kampung Bulau telah mengadakan Sukan Tahunan di padang sekolah. Pada tahun ini, sukan tahunan telah diadakan lebih awal atas permintaan PKKK Cikgu Maria Aphonsia Anak Mitan yang akan bercuti bersalin tidak lama lagi. Pada tahun ini, sukan tahunan sangat mariah dengan pelbagai jenis sukan dan permainan terbuka untuk semua orang kampung. Berikut adalah gambar yang diambil semasa sukan tersebut.









Kem Motivasi UPSR Sarawak Shell Berhad di Eastwood Valley Golf and Country Club,

Salam Skkb dan Salam sejahtera,

Pada 15 June 2015, satu kem motivasi UPSR anjuran Sarawak Shell Berhad telah diadakan di Eastwood Valley Golf and Country Club. Calon-calon UPSR SK Kampung Bulau, adik Izdiyad Muslihuddin bin Muslim, adik Khairul Azhar bin Simoto dan adik Mohammad Hilary Hussein bin Mohd Firdaus Bolhan turut serta menyertai kem tersebut. Terima kasih kepada Cikgu Jurinawati Binti Jorani dan GB Encik Masrich bin Haji Keria membawa murid-murid tahun 6 mengikuti program tersebut. Sama-sama kita doakan kepada calon-calon UPSR 2015 untuk mendapat keputusan yang cemerlang.



Majlis Berbuka Puasa SK Kampung Bulau

Salam sejahtera dan salam SKKB,

Pada 9 Julai 2015, guru-guru dan staf SK Kampung Bulau telah mengadakan majlis berbuka puasa di Imperial Palace Hotel Miri. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mengeratkan hubungan silaturahim antara semua guru dan staf.Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!






Lawatan Guru-guru dan staf SK Kampung Tarikan ke SK Kampung Bulau.

Salam Sejahtera dan salam SKKB,

Pada 12 Mei 2015, guru-guru dan staf-staf SK Kampung Tarikan telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SK Kampung Bulau. Berikut adalah gambar yang diambil sepanjang lawatan tersebut.



Street Soccer SK Kampung Bulau 2015

Salam SKKB dan salam sejahtera,

Pada 18 April 2015, SK Kampung Bulau telah mengadakan Street Soccer Terbuka di padang simen. Program tersebut telah diadakan oleh Cikgu Kenedy Pangkau. Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan sukan tersebut kepada murid-murid SK Kampung Bulau. Kaum Ibu juga turut menyertai dan memeriahkan Street Soccer SK Kampung Bulau. Nama kumpulan murid dinamakan sempena nama kucing. Somet United, Pati Junior, Gangster FC dan Lanun.