SELAMAT DATANG KE SKKB

Wednesday 10 February 2016

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 SK Kampung Bulau,Bekenu 2016

Pada 22 Januari 2016, SK Kampung Bulau telah mengadakan Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 2016 di bawah bangunan sekolah. Kehadiran YB Puan Rosey Binti Haji Yunus merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N 61 Bekenu turut menambah kemeriahan majlis tersebut. Beliau telah menghadir diri secara serentak semasa majlis tersebut sedang berlangsung. Persembahan adik-adik murid Tahun 1 Amanah yang sungguh mencuit hati memeriahkan lagi majlis tersebut. YB Puan Rosey turut menepati janji beliau dengan menghadiahkan RM 2000 sebagai intensif kepada semua guru atas kejayaan mendapat 100% dalam UPSR tahun 2015 dan memberi bantuan RM 3000 cek untuk membaiki astaka SK Kampung Bulau. Berikut adalah gambar yang diambil oleh Cikgu Muhammad Zaid.


GB Anita tengah berucap

Pemberian cek RM 3000 utk PIBG dan RM 2000 untuk sekolah

Makan Time..yum yum..

Persembahan murid Tahun 1

YB Rosey tengah berucap