SELAMAT DATANG KE SKKB

Sunday 12 January 2014

Murid-murid SKKB Tahun 2014

Salam Sejahtera dan salam SKKB. Pada tahun ini, bilangan murid di SKKB telah bertambah dari 24 orang (tahun lalu) kepada 32 orang (Kini). Warga sekolah ingin mengucapkan selamat datang kepada murid Tahun 1 dari Tadika Kemas Kampung Bulau dan 3 orang murid dari Kuching. Berikut adalah gambar kelas  dari Tahun 1 hingga Tahun 6  2014.
                                                                         Tahun 1
                                                                               Tahun 2
                                                                              Tahun 3
                                                                               Tahun 4
                                                                              Tahun 5
                                                                         Tahun 6

Tuesday 7 January 2014

PENDAFTARAN KE SM SAINS MIRI

Salam SKKB. Pada hari ini 08 Januari 2014, bermulalah pendaftaran murid Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sains Miri di mana 2 orang pelajar SKKB iaitu Nur Musfirah Binti Muslim dan Aqmal Aqimie Bin Myni telah layak ke sekolah berkenaan.  Inilah julung kali di mana pelajar SKKB berjaya masuk ke salah sebuah sekolah berasrama penuh.  Tahniah dan semoga meneruskan kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Keluarga Aqmal Aqimie

Keluarga Nur Musfirah 

Selamat jalan

Thursday 2 January 2014

2014

Salam SKKB. 2014 telah kembali menjenguk kita dan bermulalah sesi persekolahan pada tahun ini dengan kehadiran guru baharu dan perpindahan guru lama.  Murid baharu juga telah pun mendaftar iaitu untuk Tahun 1 seramai 8 orang dengan kemasukan murid yang berpindah ke SKKB di Tahun 2-seorang, Tahun 4-seorang dan Tahun 6-seorang.  Jumlah murid SKKB pada tahun ini ialah 32 orang. Semoga segala perancangan pada tahun ini akan mencapai sasaran yang diinginkan