SELAMAT DATANG KE SKKB

Wednesday 31 July 2013

KEPUTUSAN AR3 SKKB 2013

Salam SKKB.  Berikut disertakan paparan keputusan AR3 calon UPSR sekolah ini.  Tahniah diucapkan kepada semua calon kerana berjaya mendapat keputusan 100% sejak awal tahun lagi.  GPS 1.6 adalah GPS terbaik SKKB sepanjang sejarah sekolah ini ditubuhkan.  Diharapkan akan lebih meningkatkat lagi dalam Percubaan UPSR seterusnya.  Antara faktor penyebabkan kenaikan ini adalah usaha berterusan tanpa mengenal penat dan lelah, siang dan malam untuk menjayakan Program Bitara III yang berlangsung ketika ini.  Kelas Petang dan Malam telah dijalankan sejak awal tahun lagi dan kita amat berharap ada seorang calon mendapat 5A pada UPSR sebenar nanti.  Ke arah menjulangi Bulau.


Tahniah kepada Calon UPSR SKKB 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

Salam SKKB,  kelmarin diadakan majlis berkaitan di Menawan Restaurant di Imperial Palace Hotel di Miri. Majlis berbuka ini dihadiri oleh semua warga SKKB sempena ramadhan yang mulia ini.  Di samping mengeratkan ikatan sepasukan, ia juga dijadikan masa untuk mengenali ahli baru dalam warga SKKB. Selamat datang kepada Cikgu Muhammad Zaid dan Cikgu Hannis Syafiq yang baru melapor diri di SKKB bermula 1 Julai lalu.  Suasana berbuka sangat selesa diselangi dengan gelak ketawa, gurau senda dan pengambilan foto yang cukup ceria.  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.  Pandu cermat dan berhati-hati di jalan raya. Selamat pergi dan kembali.

Menunggu waktu berbuka

Bersama Tuan Guru Besar

Lawak sebabak

Alfadhil berdua

Playmaker of todays event, Thank you Mr. Jordan

Pre-birthday cake for Puan Pentadbir

Most wanted

Aftermath

Bersedia untuk pengambilan foto

Beautiful creatures

Main dish

Thursday 4 July 2013

LAWATAN PPD SUBIS & PEMERIKSAAN GIGI MURID SKKB 2013

Salam SKKB. Pada 18 Jun yang lepas, sekolah dilawati oleh Pegawai Pelajaran Daerah Subis, Encik Ahli Bin Chikba serta rombongan sekitar jam 11 00 pagi.  Antara lain objektif lawatan beliau adalah untuk melihat fizikal dan prasarana SKKB di samping memantau program akademik semasa.  Beliau berkesempatan melihat dengan lebih dekat blok sekolah dan beramah mesra dengan warga SKKB.  Pada hari yang sama pegawai pergigian dari Miri juga menjalankan ceramah penjagaan gigi dan pemeriksaan gigi kepada semua murid SKKB bagi tahun yang ke-2 di sini.  Terima kasih di atas khidmat yang amat diperlukan oleh semua murid kami.



Pegawai pergigian Miri sedang menjalankan tugas dengan tekun

Keadaan bilik tempat menjalankan pemeriksaan gigi murid SKKB


Tuan PPD Subis sedang menandatangani Buku Pelawat

Pemantauan Blok Sekolah oleh PPD Subis













Monday 1 July 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT 2013

Salam SKKB.  Sejak 3 minggu yang lepas telah telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat yang diadakan pada setiap malam Jumaat di Surau Al-Hidayah Kampung Bulau.  Semua penduduk Kampung Bulau dijemput hadir ke majlis berkenaan bertujuan antara lain untuk mencapai objektif Program Bitara III dan menyatukan kekuatan ukhwah masyarakat setempat serta mengimarahkan surau Al-Hidayah dengan aktiviti berfaedah seperti ini.  Pada tahun ini, seramai 3 orang calon UPSR akan menduduki peperiksaan berkenaan pada 10-12 September 2013.  Diharapkan agar aktiviti dapat memberi semangat untuk pelajar berjaya dalam pelajaran.

Antara jemaah yang hadir

Para pelajar SKKB

Kelihatan kehadiran YDP PIBG di dalam majlis (baju putih)

Ustaz Mohd Ridhwan mengimami solat

Jamuan ringan disediakan oleh JK Jamuan dan ibu bapa murid

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MOHD HASNAN BIN HAMZAH

Salam SKKB.  Pada minggu ini akan diadakan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Mohd Hasnan Bin Hamzah yang akan berpindah ke stesen baru beliau di SK Kiaramas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Pemergian beliau pastinya dirasai oleh semua warga SKKB kerana jasa dan bakti beliau menabur ilmu selama lebih kurang 6 tahun yang lalu.  Kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan kepada beliau.  Semoga gembira berpindah ke sekolah yang baru.

Jasamu tetap dikenang

KEM MOTIVASI BERSAMA SK KS. NO.2

Salam SKKB, pada 28-29 Jun yang lalu diadakan Kem Motivasi Murid Tahun 6 anjuran SK Kelapa Sawit No.2, SKKB dipilih untuk bersama mengikuti Kem berkenaan,  pelbagai aktiviti LDK dan Ceramah Motivasi dijalankan sepanjang 2 hari 1 malam itu.  Seramai 19 murid Tahun 6 SK KS No.2 dan 3 orang murid Tahun 6 SKKB menyertai khemah pada kali ini.  Cikgu Maria Aphonsia dan Cikgu Jordan Jerome Anak Assan merupakan guru pengiring murid SKKB pada kali ini.  Diharapkan ada sesuatu yang dapat dibawa balik bagi menambahkan lagi upaya dan wibawa diri calon UPSR mengharungi hari-hari dengan lebih bersedia dan berani.  Pastinya UPSR semakin dekat dan kita mendoakan semua calon SKKB bersedia menghadapinya.

Peserta Kem

Pembentangan logo Kumpulan

Salah satu sesi LDK kendalian Cikgu Jordan

Keadaan selepas kerusi ditarik

Senaman pagi, kelihatan Cikgu Maria (berbaju T hitam)

Cikgu Jordan tersenyum gembira

Mendengar ceramah di Makmal Komputer SK KS No.2