SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday 14 January 2013

BANJIR

Salam SKKB.  Sudah menjadi kebiasaan banjir sentiasa berlaku di SKKB.  Namun demikian tiada siapa menyangka ia berlaku juga pada tahun ini.  Apatah lagi dengan suasana serba panas dan cerah pada tahun lepas telah melupakan sejenak kejadian ini dari fikiran.  Banjir pada kali ini berlaku secara perlahan-lahan dengan paras air sungai berhampiran naik sedikit demi sedikit hingga mencapai tahap membimbangkan pada pagi ini.  Adalah dinasihatkan agar semua warga SKKB untuk sentiasa menjaga keselamatan pada setiap masa. Berikut disertakan beberapa snapshot untuk tatapan bersama.

Laluan air sungai yang deras

Laluan pejalan kaki dinaiki air

Air melimpah ke kawasan sekolah

Kawasan padang sekolah yang dipenuhi air

Utamakan keselamatan sepanjang masa

Sunday 13 January 2013

TAHUN BARU

Selamat kembali ke SKKB
Salam SKKB.  Tahun 2012 sudah menjadi sejarah dan berlalu dengan 1001 macam peristiwa suka dan duka.  Tahniah kepada calon UPSR 2012 dengan pencapaian 75% kelulusan.  Kenaikan peratus dan GPS sekolah dapat direalisasikan.   Tidak dinafikan usia SKKB yang semakin matang memungkinkan ia dapat terus berdiri teguh untuk mencapai hasrat dan impian menjadikan SKKB gemilang dan terbilang di persada pendidikan semasa.  Selamat kembali bertugas kepada semua guru lama SKKB.  Selamat datang kepada guru jQaf yang baru melapor diri pada 01 Januari 2013 iaitu Ustaz Mohd Ridhwan.  Selamat bertugas di stesyen yang baru kepada Cikgu Mohamad Farid Jamburi.  Selamat Cuti Bersalin kepada Puan Surina, tahniah di atas kelahiran anak pertama.

Pastinya 2013 membawa pelbagai macam rasa dan pelbagai rupa warna.  Kita doakan bersama agar SKKB dapat mencapai hasratnya mencapai sekurang-kurangnya seorang 5A dan kelulusan 100% pada UPSR tahun ini.  Dengan semangat setiakawan dan segenggam semangat, pastinya impian ini tercapai jua akhirnya.