SELAMAT DATANG KE SKKB

Saturday 28 February 2015

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT KAMPUNG BULAU 2015

Salam Sejahtera,Salam 1 Malaysia, Salam SKKB,

Pada 24 Februari 2015 yang lalu,SK Kampung Bulau telah dikunjungi oleh Menteri Kebajikan,  Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga sempena Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Kampung Bulau 2015. Beliau juga melawat  persekitaran sekolah dan memberi kata-kata semangat kepada semua warga SKKB dan Kampung Bulau. Beliau juga telah menyumbang RM 20000 untuk membaiki bangunan sekolah SK Kampung Bulau. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut. 


Helikopter sudah tiba di  Kampung Bulau

Helikopter selamat mendarat di padang bola sepak SK KAMPUNG BULAU
Cikgu Miriwati (PK1) menyambut kedatangan YB Ripin Lamat,
YB Rosey Yunus dan YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah 



YB Datuk Hjh Fatimah Bersalam dengan murid-murid SKKB

Persembahan Tarian selamat datang

Simbolik selamat datang ke SK KAMPUNG BULAU, merangkap merasmikan signboard sekolah

Gambar kenangan bersama YB Datuk Fatimah dan warga sekolah

Pn Miriwati menyampaikan cenderamata

Penari-penari SK Kampung Bulau terdiri dari murid-murid tahap 1 bersama Cikgu Jordan
YB Rosey bin Hj Yunus memberi ucapan
Satu dua tiga senyum
YB Datuk Hj Fatimah menyampaikan sijil kepada Pn Miriwati
Ust Azamuddin membaca doa selamat 
Pemanca Hj Ali memberi ucapan 
Keratan akhbar
Pengacara majlis: Cikgu Kenedy dan Cikgu Syafiq
YB Datuk Hj Fatimah Abdullah memberi ucapan
Selamat Tinggal dan jumpa lagi

Gambar kenangan warga SKKB dan YB Menteri dan dif-dif kehormat 
Guru-guru ber "wefie" dengan helikopter









Friday 27 February 2015

SK Kpg Bulau dilanda banjir 2015

Salam SKKB dan Salam 1 Malaysia,

Pada 21 Januari 2015 yang lalu, hujan lebat telah melanda di daerah Bekenu, Hujan pada jam 3pagi tersebut telah menyebabkan seluruh kampung bulau ditenggelami air. Kampung Bulau dan sekolah ditenggelami air selama tiga hari. Pnp terpaksa ditangguhkan. Guru-guru dan staf masih bekerja pada hari tersebut dengan membuat taklimat dan melengkapkan dokumen-dokumen penting pada minggu kedua persekolahan. Pada 23 Januari 2015, SK Kampung Bulau dikunjungi oleh YB Puan Rosey binti Hj Yunus dan rombongannya yang terdiri daripada Pemanca Haji Ali, Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu dan kaunselor-kaunselor daripada Majlis Daerah Subis, Kunjungan YB Puan Rosey amat dihargai kerana beliau memahami keadaan sekolah. Beliau juga menyumbangkan RM1000 kepada sekolah atas penghargaan kepada pencapaian sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa banjir.
Hujan lebat jam 3 pagi Rabu (21 Januari 2014)

Jam 7pagi 

Padang simen telah ditenggelami air

Teratak Ilmu telah ditenggelami air

Jalan tar dan tempat parkir di kampung bulau telah ditenggelami air

Sungai Sibuti telah mencecah paras yang sangat tinggi

Hari Kedua, Hampir keseluruhan Kampung Bulau dan sekolah ditenggelami air

'kawan' datang melawat dan berjaya membunuh seekor itik

Guru menggunakan bot ke sekolah

Warga staf menyeberangi Sungai Sibuti yang deras menggunakan bot

Air telah naik lebih tinggi

TERIMA KASIH YB ROSEY

YB Rosey dan rombongan bersama guru besar sebelum ke sekolah...