SELAMAT DATANG KE SKKB

Tuesday 27 May 2014

Hari Guru 2014- Guru: Pencetus Kreativi, Penjana Innovasi.

 Salam sejahtera dan salam SKKB.

Pada 16 Mei 2014, SK Kampung Bulau telah mengadakan sambutan hari guru di bawah bangunan sekolah. Pada tahun ini, hari guru ini amat bermakna kepada tiga guru baharu iaitu Cikgu Hannis Syafiq, Cikgu Muhammad Zaid dan Cikgu Nurasyidah yang buat pertama kalinya mereka menyambut Hari Guru di SK Kampung Bulau. Pada hari itu juga, satu majlis perpisahan untuk Ustaz Mohd Ridhwan  turut diadakan. Beliau telah menamatkan praktikumnya di SK Kampung Bulau selama satu tahun enam bulan. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas sumbangannya selama ini menjadi guru Bahasa Arab dan guru Agama. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengambil gambar semua warga sekolah, pertandingan mereka kad hari guru, bertukar hadiah sesama guru dan staf, serta "pot luck".

Guru-guru dan staf 2014
Semua warga SKKB

Staf-staf sekolah

Guru Kelas Tahun 6 Fadillah: Ust Mohamad Noh dan murid-murid

Guru Kelas Tahun 5 Efisyen: En Muhammad Zaid dan murid-murid

Guru Kelas Tahun 4 Dedikasi: Encik Jordan Jerome dan murid-murid

Guru Kelas Tahun 3 Cekap: En. Kenedy Pangkau dan murid- murid
Kek Selamat Hari Guru
Semua guru berposing dahulu
1,2,3 tiupppp

Guru Kelas Tahun 2 Bersih: En Hannis Syafiq dan murid-murid
Terima Kasih Ust Ridhwan.
Guru Kelas Tahun 1 Amanah: Pn Rohayati Bolkassem dan murid-murid






Jelajah Pencarian Bintang Kecil RTM

Salam SKKB dan salam sejahtera,
Pada 11 April 2014. SK Kpg Bulau telah menghantar dua orang wakil sekolah, Izdiyad Muslihuddin dan Irfan Muslihin untuk pencarian Bintang Kecil RTM di Dewan Sri Gemilang, SK Bekenu. Berikut adalah gambar semasa pemilihan tersebut.
Adik Izdiyad Muslihudin

Adik Irfan Muslihin

Cikgu Ayu...lalalalala

Aku Anak Kampung... besar dibandar...lalalala

Kem Motivasi 1 2014

Salam SKKB kepada semua,

Pada 11 April 2014, SK Kampung Bulau telah mengadakan Kem Motivasi 1 untuk semua pelajar Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kem motivasi tersebut juga telah menjemput 7 orang pelajar Tahun 6 dari SK Kampung Selanyau. Jumlah perseta adalah seramai 27 orang.  Kem tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam di SK Kampung Bulau.

Peserta mendirikan khemah.

Peserta menikmati keselesaan di dalam khemah.

Aktivit memupuk semangat kerjasama

Kiri,kanan,kiri,,,,

Semua peserta mendengar penerangan dari Kem Komanden, Ustaz Noh

Letih nye....

mmmm Sedapnya...

Ustaz Noh memeriksa  daun paku-pakis yang telah dikutip oleh semua peserta kem motivasi..

Aktiviti menguji kreativi menggunakan batang paip  plastik

WAHH..kreatifnye adik ni...