SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday 23 January 2012

LAWATAN TV AL-HIJRAH (SALURAN 114 ASTRO)

Selamat datang ke Kampung Bulau

Salam SKKB.  Pada 18 Disember 2011 yang lalu(semasa cuti hujung tahun 2011), Kampung Bulau telah dilawati oleh rombongan dari TV Al-Hijrah (Astro 114).  Rombongan ini dalam siri ‘Jelajah Dakwah Sirih Pulang ke Gagang’ datang ke sini  bersama selebriti mereka iaitu saudara Muhammad Zaid@Robby Bin Tandang.  Kehadiran mereka disambut dengan meriah oleh penduduk kampung diketuai oleh KK Amin Bin Antin.  Mereka juga berkesempatan melawat sekitar kawasan kampung dan tidak melepaskan peluang ke kawasan bangunan SKKB untuk melihat lebih dekat institusi pendidikan yang ada di sini.  Di samping mengadakan siri lawatan ke beberapa tempat di sekitar kawasan Miri, rombongan ini juga mengadakan sesi temubual dan ceramah ringkas yang disampaikan oleh selebriti Robby Bin Tandang yang juga merupakan anak jati kelahiran Sarawak berketurunan Iban di Bakong yang telah memeluk Islam dan mendalaminya hingga ke menara gading.  Suatu yang menarik juga tentang beliau adalah kebolehan beliau bertutur dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Cina.  Terima kasih kita ucapkan kepada rombongan TV Al-Hijrah di atas kesudian datang kemari untuk membuat rakaman dan beramah mesra dengan penduduk setempat.  

SKKB 2012

Murid SKKB Sesi 2012

Bulau Berusaha, Bulau Berilmu, Bulau Berjasa

Laluan baru ke sekolah;kelihatan di kiri adalah pondok belajar yang sedang dalam pembinaan

Pandangan dari kelas baru SKKB

Laluan baru (pandangan dari kelas Tahun 4)

Jambatan gantung Kampung Bulau, laluan utama menuju ke SKKB

TAKLIMAT IBU BAPA/PENJAGA MURID SKKB 2012

Taklimat Ibu bapa/penjaga murid SKKB

Salam SKKB.  Pada 03 Januari 2012 jam 9.00 pagi bertempat di kelas Tahun 1, sehari sebelum sesi persekolahan 2012 bermula telah diadakan sesi taklimat untuk semua ibu bapa/penjaga murid SKKB.  Taklimat dibuat oleh Guru Besar SKKB En Masrich Bin Hj Keria.  Para guru hadir dalam sesi berkenaan.  Antara intipati taklimat berkenaan adalah tentang isu semasa dan peraturan sekolah yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh semua murid dan ibu bapa.  Di samping itu, pengagihan buku teks terutama untuk murid KSSR dibuat.  Tiada sebarang yuran dikutip untuk sesi persekolahan 2012. 

Sunday 22 January 2012

SOLAT HAJAT & IZIN ILMU 2011

Terima kasih kepada penduduk Kampung Bulau
Para guru, ibu bapa, murid SKKB & penduduk Kpg. Bulau

Solat hajat ke-2

SERANGAN BUAYA GANAS DI KAMPUNG BULAU

Mangsa serangan buaya Bulau
Malang tidak berbau, begitulah nasib yang menimpa salah seorang abang murid SKKB yang dibaham buaya pada tahun lepas.  Kejadian menggemparkan ini membuat pihak pentadbiran sekolah memberi taklimat tergempar kepada guru dan murid agar berhati-hati semasa berada di sungai dan memastikan keselamatan diri dijaga pada setiap masa.  Berikut adalah petikan akhbar tentang insiden berkenaan;

MY METRO, SABTU, 5 NOVEMBER, 2011

‘Saya nekad terajang’

MIRI: “Tidak rela jasad berkubur dalam perut buaya, saya nekad menendang reptilia itu beberapa kali walaupun terpaksa menahan kesakitan dan akhirnya berjaya melepaskan diri,” kata seorang lelaki yang berjaya melepaskan diri selepas dibaham seekor buaya di Sungai Sibuti dekat Kampung Bulau, Bekenu disini,kelmarin.

Johari Simuto, 23, berkata pengalaman bertarung dengan reptilia itu selama kira-kira tiga minit kini menjadi pengalaman tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat dan menganggapnya benar-benar insiden mati hidup semula.
Sebelum kejadian, Johari turun ke jeti berkenaan seorang diri untuk mandi selepas pulang membantu ibu bapanya di kebun, sebelum terjatuh ke dalam sungai akibat dilibas buaya terbabit, kira-kira jam 7 malam.

“Dalam keadaan kelam-kabut, saya sempat berpaut pada tiang jeti sebelum bertarung dengan buaya itu biarpun tidak melihatnya dengan jelas,” katanya.

Mengimbas kembali insiden ngeri itu, Johari berkata, dia langsung tidak menyedari kehadiran buaya terbabit, malah keadaan air pasang yang agak tenang ketika itu menyebabkannya tidak terfikir kehadiran haiwan ganas itu.

SUKAN AIR SEMPENA KARNIVAL SUKAN SKKB 2011

Acara sukan air bermula

Kejadian aneh berlaku semasa sukan air di Bulau

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan

Nampaknya penat lelah marsyal sukan air berbaloi

Saturday 21 January 2012

PERASMIAN KARNIVAL SUKAN SKKB 2011

Terima kasih YB

Yang dinanti pun datang

Maka rasmilah Karnival Sukan SKKB 2011

SNAPSHOT KARNIVAL SUKAN SKKB 2011 I

DJmix on the mic

Sukan bermula

Sukaneka termasuk dalam acara 3 hari 2 malam ini

Tarik tali antara rumah sukan dan jemputan

Penyokong kuat tarik tali sedang berhimpun memberi semangat

Acara olahraga juga menjadi perhatian ramai

KARNIVAL SUKAN SKKB 2011

Sukan untuk semua
Ahli Jawatankuasa Karnival Sukan Tahunan
SK Kampung Bulau 2011

Penaung                     :  En. Amin bin Antin
Pengerusi                   :  En. Masrich bin Haji Keria
                                    En. Muslim bin Ajak
Timbalan Pengerusi    :  En. Mohamad Farid bin Jamburi
Setiausaha      :  Cik Rohayati binti Bolkassem
Bendahari      :  Cik Norfazia binti Tuah
AJK Pendokumentasian    :  Cik Rohayati binti Bolkassem
AJK Teknik dan Peralatan  :  En. Ramlee bin Kamis (K)
        En. Mohd Hasnan bin Hamzah
        Cik Maria Aphonsia ak Mitan
        En. Achih bin Lakim
        En. Mahadi bin Lamat
        En. Jamil bin Dali
AJK Persiapan Tempat    :  En. Mohamad Noh bin Laden (K)            
        En. Mohamad Farid bin Jamburi
        En. Muslim bin Ajak
        En. Haron bin Abdullah
        En. Salam bin Tambi
        En. Johari bin Simoto            
        En. Arwan bin Cali
        En. Khamirul bin Liman
        En. Khairul Shukri bin Abdullah
AJK Urusetia    :  Cik Jurinawati binti Jorani (K)
        En. Mohamad Noh bin Laden           
        En. Mohamad Farid bin Jamburi
        Cik Huang Siew Weng
        Cik Norfazia binti Tuah
        Cik Rohayati binti Bolkassem
        Cik Surina binti Omar
 AJK Hadiah Cik Huang Siew Weng (K)
        Cik Maria Aphonsia ak Mitan
        Cik Khatijah binti Jelani                                                                                                                                                                               Cik Norsafizie binti Myni        
Kepengadilan/Hakim : En. Mohd Hasnan bin Hamzah (K)
        Cik Maria Aphonsia ak Mitan
        En. Mahadi bin Lamat
        En. Salam bin Tambi
        En. Jamil bin Dali             
        En. Muslim bin Uden
        En. Ohlie bin Uden
Publisiti dan buku program  :  Cik Jurinawati binti Jorani (K)
        En. Ramlee Bin Kamis
AJK Makanan    :  Cik Surina binti Omar (K)
        Cik Rohayati binti Bolkassem
        Pn. Emilia binti Maong              
        Pn. Jamilah binti Dadi
        Pn. Jamai binti Ajak
        Pn. Santi binti Dali
AJK Perasmian,Penutupan  :  En. Masrich Bin Hj. Keria (K)
dan Protokol        Cik Jurinawati binti Jorani
        En. Muslim Bin Ajak
        En. Ramlee Bin Kamis    
AJK Khas      :  En. Mohamad Farid bin Jamburi (K)
        En. Mohamad Noh bin Laden
        En. Mohd Hasnan bin Hamzah
        En. Ramlee bin Kamis
AJK Keselamatan    :  En. Liman bin Dadi (K)
        En. Sahrin bin Saban
AJK Kebersihan    :  Cik Huang Siew Weng (K)
        Murid-murid SK Kampung Bulau
Juruacara      :  Cik Jurinawati Binti Jorani
        En. Mohd Farid Bin Jamburi
AJK Acara Terbuka    :  En. Ramlee Bin Kamis
        (Karaoke Terbuka)
        En. Mohamad Noh Bin Laden
        (Bola Tampar Terbuka)
Ketua Hakim    :  En. Mohd Hasnan Bin Hamzah (K)
        Cik Maria Aphonsia Ak Mitan