SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday 17 June 2013

LAWATAN KE RUMAH CALON UPSR 2013

Salam SKKB.  Pada Khamis lepas, 13 Jun 2013, diadakan lawatan ke rumah calon UPSR tahun ini antara aktiviti menjulangi SKKB di bawah Program Bitara III.  Semua guru SKKB terlibat di dalam lawatan berkenaan antara lain bertujuan untuk melihat dengan dekat dan bersemuka dengan ibu bapa calon serta berbincang tentang perkembangan terkini mereka.  Di samping itu, pertemuan ini juga digunakan untuk mewar-warkan aktiviti bacaan Yassin dan Solat Hajat yang akan diadakan setiap malam Jumaat bermula pada minggu lepas.  Syabas kepada semua warga SKKB diadakan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Tempat belajar calon di rumah

Perbincangan sambil dijamu oleh ibu bapa calon

Di ruang tamu salah seorang calon UPSR

Berada di rumah YDP