SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday 20 May 2013

LAWATAN PEGAWAI DARI PPD SUBIS

Puan Kasian Binti Jafarali sedang menyampaikan mukaddimah

Warga guru SKKB tekun mencatat nota
Salam SKKB.  Pada hari ini sekitar 9.00 pagi, SKKB dikunjungi oleh pegawai dari PPD Subis iaitu Puan Kasiah Binti Jafarali diiringi oleh En. Zakaria untuk membuat lawatan pertama ke sekolah di bawah seliaan mereka.  Kami mengalu-alukan kehadiran mereka ke SKKB.  Antara objektif lawatan adalah untuk melihat keadaan fizikal sekolah dan perkembangan prestasi semasa calon UPSR 2013.  Beliau menyatakan rasa syukur kerana sekolah telah berada di landasan yang baik untuk mendapat peningkatan dari segi GPS serta mencatat kelulusan 100% pada tahun ini.  

Di samping itu, beliau mengingatkan juga tentang peri pentingnya semangat kerjasama dan memegang amanah yang digalas di bahu setiap guru agar semua program dan core-business di sekolah dapat dibuat dengan sistematik, terancang dan berpantau.  Adalah menjadi tugas pentadbir sekolah untuk memastikan visi dan misi sekolah tercapai.

Warga guru juga sempat berkongsi permasalahan berkenaan keadaan sekolah yang perlu diperbaiki dan kuarter guru yang tidak mencukupi.  Diharapkan pada lawatan yang ke-2 nanti kami akan lebih bersedia lagi dan memastikan program menjulangi SKKB akan mencapai matlamatnya.

Friday 17 May 2013

1ASPIRASI 1AGENDA

Salam SKKB.  Hari Guru pada tahun ini disambut dengan serba sederhana tetapi tetap meriah.  Hari ini dilangsungkan sambutan berkenaan bersama-sama murid dan warga guru SKKB.  Perhimpunan rasmi dibuat dengan pengisian ucapan perasmian oleh Guru Besar dan ucapan wakil murid serta nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang oleh semua guru.  Wakil pelajar pula telah menyampaikan Kad Hari Guru Gergasi kepada Guru Besar sebagai simbolik sambutannya pada kali ini.  Di samping itu, diadakan juga sesi bergambar semua guru dan murid mengikut kelas bagi sesi 2013.  Sambutan di akhiri dengan Jamuan dan Acara memotong Kek Hari Guru.  Terima kasih kepada PK Ko-kurikulum, Puan Maria Aphonsia kerana merancang dan mengurus Program tersebut dengan jayanya.

Barisan murid SKKB 2013

MC Majlis sedang bersiap sedia

Guru wanita SKKB 2013

Guru Besar En. Masrich Bin Haji Keria berucap

Madam Miriwati Chocolate Strawberry 

Hidangan yang menyelerakan

Kad Hari Guru Gergasi

Kek Hari Guru SKKB 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 (AR2)

Salam SKKB.  PPT bermula dan berakhir pada minggu lepas.  Dibuat untuk Tahap 2 manakala bagi Tahap 1 KSSR dijalankan P7P seperti biasa dengan pengisian berterusan dalam SPPBS.  Umumnya pencapaian murid agak baik namun agak membimbangkan apabila melihat prestasi murid Tahun 5 yang tidak konsisten.  Seramai 9 murid Tahap 2 menduduki PPT dengan soalan diambil dari Pool SNS Daerah Subis. Post mortem akan dijalankan selepas sahaja penyemakan kertas ujian oleh Ketua Panitia berkaitan.  Semoga prestasi akademik yang disasarkan melepasi sasaran peringkat jabatan.  

Sedang tekun menjawab soalan

Menjawab soalan Pendidikan Kesihatan

Cikgu Hasnan sedang memantau perjalanan peperiksaan

Thursday 16 May 2013

PEMBENTANGAN KPI AR2 UNTUK KETUA PANITIA 2013

Salam SKKB.  Pada minggu ini dan minggu hadapan akan diadakan siri ke-2 Pembentangan KPI AR2 bagi semua Ketua Panita Daerah Subis.  Seperti mana yang dijalankan seblum ini iaitu pembentangan AR1 pada awal April yang lalu, ia menjurus kepada penambahbaikan prestasi setiap mata pelajaran yang ditekankan iaitu mata pelajaran yang diuji dalam UPSR.  Biasanya sesi ini akan mengambil masa yang agak lama namun diharapkan memberi impak positif bagi memastikan sasaran peringkat daerah selari dengan sasaran menjulangi Sarawak pada tahun ini.  Bagi SKKB, AR2 menyaksikan sedikit penurunan dari segi GPS.  Namun ia adalah dijangka demikian kerana partisipasi salah seorang calon UPSR yang mengikuti latihan MSSR hingga ke peringkat bahagian pada April dan awal Mei lepas.  Namun demikian ia tidak mematahkan semangat agar semua warga SKKB terus dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab melestarikan harapan dan misi sekolah.

Pembentangan dibuat di PPD Subis

Setiap sekolah diwajibkan membuat pembentangan

Menunggu saat untuk dipanggil membentang

Tuesday 14 May 2013

PRESTASI CALON UPSR 2013




Salam SKKB.  Pada tahun ini, seramai 3 orang calon berdaftar akan menduduki UPSR 2013.  Sebanyak 3 jenis ujian rasmi telah dijalankan sehingga Mei ini.  Di atas merupakan keputusan lengkap bagi setiap ujian berkenaan.  Suka dinyatakan bahawa adalah menjadi sasaran Program Bitara III pada tahun ini untuk mencapai kelulusan 100% dengan seorang akan mendapat 5A.  Kita doakan agar usaha murni ini berjaya mencapai seperti yang diharapkan.

Sunday 12 May 2013

KEM MOTIVASI SIRI KE-11 SK KAMPUNG SELANYAU 2013

Kaunselor Yusup Sual sedang memberi ucapan

Nasihat kepada peserta :  capailah impian usaha hingga jaya
Salam SKBB,  pada 11-12 Mei 2013 diadakan Kem Motivasi yang dikelolakan oleh SK Kampung Bulau.  Ini merupakan acara tahunan dan sebanyak 14 buah sekolah termasuk kita telah menghantar 3 orang calon ke sana.  Pengisian dibuar oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin Matasan, veteren dalam mengajar cara belajar ini kepada peserta.  Seramai 3 orang dari sekolah kita yang mengikuti kem pada kali ini iaitu calon UPSR 2013.

PELANCARAN BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) KAMPUNG BULAU



YB Pn. Rosey Binti Haji Yunus sedang memberi ucapan

Perasmian Pelancaran BELB telah dilafazkan
Salam SKKB,  pada 02 Mei yang lepas diadakan Pelancaran BELB di Kampung Bulau.  Pelancaran berkenaan dijalankan oleh Citra Alti Cawangan Miri bertujuan untuk memaklumkan tentang bekalan elektrik yang disambung di Kampung Bulau dan juga kampung yang berdekatan.  Ini pastinya memberi kelegaan dan kesenangan kepada lebih 50 buah keluarga yang ada.  Pastinya ini akan memastikan murid SKKB dapat memanfaatkan kemudahan ini untuk cemerlang dalam pendidikan.

KECERIAAN PSS

Salam SKKB.  Pada 24 April yang lalu diadakan keceriaan PSS SKKB.  Ia bertujuan untuk menyusun atur buku yang terdapat di dalam Pusat Sumber dan menceriakan lagi keadaan di Bilik PSS ini.  Semua guru dan murid terlibat menjayakan aktiviti ini.  Di samping itu, terdapat juga penambahan buku-buku baru yang ditempah berasaskan peruntukan sedia ada.  Semoga PSS dapat dimanfaatkan oleh semua murid untuk memartabatkan bahasa dipersada akademik.

Buku dari PSS dibawa ke Astaka

Keadaan buku yag belum diagihkan mengikut kumpulan