SELAMAT DATANG KE SKKB

Sunday 6 December 2015

Majlis Anugerah Kecermelangan UPSR PPD SUBIS 2015

Salam Sehati Sejiwa dan Salam SKKB,

Pada 20 November 2015, warga SK Kampung Bulau telah dijemput untuk menghadiri satu majlis Anugerah Kecermelangan UPSR PPD Subis 2015 bertempat di Imperial Hotel Miri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ahmad Lai  ( Ahli Parlimen P.208 Sibuti). Tahniah kepada Adik Izdiyad dan semua guru SK Kampung Bulau.
Keratan daripada akhbar Utusan Sarawak

YB Tuan Haji Ahmad Lai memberi ucapan perasmiaan

Guru Besar mendapat hadiah saguhati bagi pihak sekolah daripada YB Tuan Haji Ahmad Lai

Guru Besar dan PK1 mewakili PIBG SK Kampung Bulau mendapat saguhati daripada YB Tuan Haji Ahmad Lai

Adik Izdiyad bersama bapanya menerima saguhati daripada YB Tuan Haji Ahmad Lai

Group photo Guru Besar yang sekolah mendapat lulus 100% UPSR

Makan Malam warga guru SK Kampung Bulau 2015

Salam SKKB dan Salam Sejahtera,

Pada 18 November 2015 yang lalu, satu berita yang sungguh menggembirakan bahawa keputusan UPSR SK Kampung Bulau adalah cemerlang. SK Kampung Bulau telah mencipta sejarah mendapat keputusan 100% LULUS tiga tahun berturut-turut (2013-2015). Gred purata sekolah pada tahun ini adalah 1.8. Pihak sekolah telah bersetuju membuat satu majlis makan malam khas untuk meraikan  kejayaan dan kesungguhan yang telah diberi  oleh semua guru sepanjang tahun 2015. Makan malam tersebut bertemakan "steamboat" telah diadakan di Grand Palace Hotel Miri. Tahniah dan Syabas kepada semua warga SK Kampung Bulau atas usaha, doa dan kerjasama yang telah diberikan. Tahun hadapan kita cuba lagi. Jom Kita Enjoy! 

Senyum senyum selalu

Banyaknya makanan diatas meja.

Jom kita masak!

Jom main masak-masak

Barisan guru-guru SK Kampung Bulau.

Bila ber"posing" mesti "pose posing maut!"



Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Kampung Bulau 2015



Warga guru SK Kampung Bulau

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam SKKB,

Pada 18 November 2015 yang lalu, SK Kampung Bulau telah mengadakan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2015. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna SK Kampung Bulau. Pada hari itu juga, pengumuman keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) juga berlangsung. SK Kampung Bulau telah mencipta sejarah mendapat keputusan 100% tiga tahun berturut-turut. SK Kampung Bulau juga melahirkan seorang murid mendapat 5A, iaitu Adik Izdiyad Muslihudin Bin Muslim. Keputusan yang baik juga disandang oleh adik Mohamad Hilary Hussein Bin Mohd. Firdaus Bolhan ( 1A 2B 2C) dan adik Khairul Azhar bin Simoto (3B 2 C). Tahniah kepada semua murid tahun 6. Grad purata sekolah SK Kampung Bulau pada tahun 2015 ialah pada paras 1.8. Tahniah dan syabas kepada usaha semua guru SK Kampung Bulau dan kerjasama semua ibu bapa.
Bulau Menjulang, Bulau Berjasa, Bulau Berjaya!

Tahniah kepada adik Izdiyad
Tahniah kepada adik Hussein

Tahniah kepada adik Azhar

Kebanggaan SK Kampung Bulau 2015.
Warga sekolah bergambar dengan murid Tahun 6 2015








Malam Kesenian dan Kebudayaan SK Kampung Bulau 2015



Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa, Salam Perpaduan, Salam SKKB,

Pada 13 November 2015 yang lalu, SK Kampung Bulau telah mengadakan Malam Kesenian dan Kebudayaan merangkap Makan Malam Tahunan SK Kampung Bulau bersama PIBG dan warga masyarakat Kampung Bulau. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Bulau. Tema majlis tersebut ialah Malam Retro: Kembali ke zaman Pop Yeh Yeh. Pihak sekolah juga menjemput artis jemputan Cik Hanis Hafiza, seorang guru dari SK Kelapa Sawit NO.5. Malam tersebut sungguh meriah dengan persembahan daripada murid-murid, PIBG dan juga guru-guru SK Kampung Bulau.
Banyaknya makanan

Oh Fatimah! Cikgu Jay bersama murid-murid Tahap 1

Artis Jemputan- Cikgu Hanis Hafiza

Cikgu Hanis dan Cikgu Hannis berduet

Persembahan PIBG- Dara Umbong

Kenanganku- Cikgu Ken bersama murid-murid Tahap 2

Barisan warga guru SK Kampung Bulau

KEM TKRS 2015 SK KAMPUNG BULAU

Salam Sejahtera,

Pada 30 Oktober 2015, Kem Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Kampung Bulau telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di perkarangan bangunan sekolah. Kem TKRS merupakan kem tahunan yang diadakan oleh bahagian unit beruniform SK Kampung Bulau. Berikut adalah gambar yang diambil sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.












Saturday 5 December 2015

RIMUP 2015 SK KAMPUNG BULAU

Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa, Salam SKKB,

Pada 13 November 2015, SK Kampung Bulau telah mengadakan RIMUP 2015 di padang sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid-murid. Gambar dibawah diambil sepanjang aktivit tersebut dijalankan.










BULAU POPSTAR 2015

Salam Sejahtera dan Salam SKKB,

Pada 7 November 2015 yang lalu, SKKB telah mengadakan Bulau Popstar 2015 di Dewan Serbaguna Kampung Bulau. Objektif utama adalah untuk mencungkil bakat menyanyi dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah juga turut mengadakan pertandingan karaoke terbuka kepada orang kampung. Berikut adalah gambar suasana kemeriahan majlis tersebut.
Kumpulan Jejaka Bulau

Pengacara Konsert Bulau Popstar- Ken and Fiq

Kumpulan Super Girls Bulau

Kemeriahan pada malam konsert

Persembahan terbaik  Bulau Popstar 2015- Adik Akmal