SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday, 6 August 2012

GAMBAR MENGIKUT KELAS 2012

Kelas paling ramai murid

Kelas tanpa murid perempuan

Kelas Cikgu Huang

Kelas harapan

Kelas Cemerlang

Kelas UPSR

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 1433H

Salam lebaran kepada semua umat Islam 

HARI GURU PERINGKAT DAERAH SUBIS

Hari Guru Subis : 18 Julai 2012

Menu malam bersejarah

Perasmian oleh YB Tn Hj Ahmad Lai Bin Bujang P218 Sibuti
Salam SKKB.  Sambutan Hari Guru Subis pada kali ini agak lewat dijalankan, 18 Julai 2012 bertempat di Mega Hotel Miri.  Namun demikian ia amat bermakna dengan kerja keras MGB Subis untuk menjayakan majlis berkenaan.  Kehadiran ramai guru dari semua sekolah di daerah Subis lebih memeriahkan acara pada malam tersebut.  Di samping menyantap, sambutan pada kali ini lebih menghiburkan dengan cabutan bertuah kepada para guru yang hadir.  

KEM 'SEIRING SEJALAN' SKKB

Mendirikan khemah mengikut kumpulan

Pihak penganjur membimbing peserta memasang khemah

Lokasi khemah strategik untuk menjamin keselamatan
Salam SKKB.  Seperti mana terpanggilnya sekolah yang lain untuk membuat inisiatif menjalankan aktiviti Perkhemahan sambil belajar,  SKKB menapak selangkah lebih terkedepan dengan menjemput sekolah berdekatan untuk bersama menjayakan program ini.  Di samping peserta dari sekolah ini,  program pada kali ini juga melibatkan peserta dari SK Tawakal Satap, SK Kampung Subak dan SK Kampung Kuala Sibuti.  Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam bermula 6 hingga 8 Jualai 2012.  Bukan sahaja peserta didedahkan dengan aktiviti hands-on, juga diselitkan dengan hiking, slot Bahasa Inggeris, Jejalah Kira dan juga Latihan Dalam Kumpulan.  Kem berakhir dengan penutupan rasmi oleh Guru Besar SKKB,  Saudara Masrich Bin Keria.  Penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta menamatkan kem pada kali ini yang ternyata mencapai objektif yang diharapkan. 

SESI DIALOG DENGAN TIMBALAM MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Menanti ketibaan YB Timb. Menteri Pelajaran Malaysia

Ketibaan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran

Yang Berhormat diiringi oleh Saudara Abu Saran, Pengetua SMK Suai
Salam SKKB.  Pada 2 Julai yang lalu, Warga Pendidik Daerah Subis sangat bertuah kerana dapar berdialog secara bersemuka dengan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.  Majlis Beramah Mesra dengan beliau diadakan di Dewan SMK Suai berdekatan Batu Niah.  Banyak persoalan dan pertanyaan yang dibangkitkan oleh warga guru Parlimen Sibuti dan dijawab terus oleh YB Timbalan Menteri.  Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ahli Parlimen P218 Sibuti, YB Tn. Hj. Ahmad Lai Bin Bujang dan Ahli DUN N61 Bekenu, YB Puan Rosey Binti Yunus.  

SHELL OUTREACH PROGRAMME

3 Calon perempuan SKKB 2012

Yang hitsm msnis calon lelaki SKKB

Menjamu selera sambil berbengkel

Terima kasih Shell di atas undangan

Khusyuk mendengar ceramah 

Sesi dipengerusi Cikgu Ramlee dari SKKB
Salam SKKB kepada semua.  Alhamdulillah, bertemu kita kembali di blog ini.  Lama juga tidak post aktiviti sekolah.  Maaf di atas kekurangan itu.  Apa pun, oleh kerana kekangan masa dan tugasan harian, saya cuba mencuri masa yang ada untuk menceriakan kembali blog ini dengan informasi terbaru dan perkembangan terkini SKKB dalam bulan-bulan yang lepas.  Program Bengkel UPSR anjuran SHELL Berhad ini telah diadakan pada 16 Jun 2012 bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri.  Beberapa buah sekolah terpilih sekitar Subis dan Miri dijemput menjayakan program ini.  Bermula seawal 5.45 pagi,  beberapa buah bas mengambil peserta dari Bekenu menuju ke destinasi berkenaan.  Aktiviti padat dengan slot mata pelajaran UPSR yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas.  Makanan dan minuman disediakan oleh penganjur sepanjang program berjalan.  Sesi penyampaian sijil dan penghargaan disempurnakan pada petangnya.  Peserta kembali dengan ilmu penuh di dada lebih kurang jam 6.30 petang dan kembali ke stesen masing-masing.  Terima kasih kepada semua guru SKKB yang terlibat secara langsung dalam memastikan program ini dapat diikuti oleh calon UPSR pada tahun ini.