Salam SKKB. Kelmarin merupakan hari pertama kembali bertugas ke sekolah semula bagi kalangan guru dan staf seluruh sekolah di Malaysia. Seperti biasa perjalanan ke sekolah sejak awal pagi lagi sudah menjadi rutin sebahagian guru di sini. Namun demikian, warga SKKB dikejutkan dengan keadaan jalan yang terputus akibat banjir kilat yang berlaku di sekitar kawasan Kampung Bulau yang mengakibatkan kesukaran mengharungi jalan yang dipenuhi oleh air itu.
Mujurlah ada di kalangan guru yang mempunyai kereta pacuan 4 roda yang datang untuk membantu. Berikut snapshot keadaan laluan yang dilitupi air pada pagi semalam :
|
Laluan terputus akibat banjir kilat |
|
Akibat hujan sepanjang malam semalam |
|
Terkandas di tengah jalan |
|
Air semakin naik |