SELAMAT DATANG KE SKKB

Friday, 20 September 2013

TENTATIF PROGRAM KEM TKRS 2013

Salam SKKB.  Bermula kelmarin selama 3 hari 2 malam, kem TKRS diadakan di kawasan sekolah dan dianjurkan oleh pihak SKKB disertai oleh ahli TKRS.   Terima kasih kita ucapkan kepada semua yang terlibat.  Pada masa ini kita telahpun selesai menjalankan sesi merarau dan sebentar lagi akan diadakan Slot ke-7 iaitu Ikhtiar Hidup.  Berikut disertakan tentatif program berkenaan ;



Program Kem TKRS SKKB 2013

KEM TKRS 2013

Salam SKKB.  Beberapa maklumat tentang Kem KRS 2013 untuk dikongsi bersama :

PERKHEMAHAN TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BULAU, BEKENU SIBUTI

1.0     PENDAHULUAN

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Beruniform TKRS SK Kampung Bulau, Bekenu, Miri, Sarawak. Program ini boleh disertai oleh semua pelajar yang menjadi ahli Unit Beruniform TKRS SKKB. Ia akan diadakan di sekitar kawasan sekolah SKKB. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0   MATLAMAT             

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti motivasi untuk  membina keyakinan diri dan pengukuhan  kemahiran asas diri khemah, asas gajet, ketatanegaraan, simpulan dan ikatan, asas berkawad dan penciptaan logo dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mapan.

3.0  OBJEKTIF

             3.1    Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
             3.2    Membentukgenerasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
             3.3    Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dalam kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
             3.4    Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
             3.5    Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

4.0  TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1  Tarikh yang dirancang ialah  20-22 September 2013 iaitu pada hari Jumaat sehingga hari Ahad.
4.2   Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam
4.3    Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4    Tempat ialah di sekitar kawasan sekolah.
4.5    Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana:
o  Kawasan perkhemahan yang terjamin keselamatannya dan terkawal (Bersebelahan dengan Kuarters Guru).
o     Bebas dari sebarang gangguan luar dan tumpuan penuh dapat diberikan oleh peserta terhadap semua aktiviti yang bakal diikuti.

5.0  TENTATIF PROGRAM
5.1           Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

6.0  PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar SK Kampung Bulau En. Masrich Bin Haji Keria dalam Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan TKRS 2013. Ia akan berlangsung pada hari Jumaat 20 September 2013 bermula pada jam 1430 di gelangang SK Kampung Bulau.  Beliau akan diberi peluang memberi ucapan ringkas, merasmikan program ini seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada para peserta.


7.0  KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1    Jumlah peserta  : 14 orang ahli TKRS SKKB
                                        (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7.2    Jumlah fasilitator : 4 orang

8.0  JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat                              : En. Masrich Bin Haji Keria (Guru Besar)
                                                  Pn. Miriwati binti Abu Bakar (Penolong Kanan Kokurikulum)

Ketua fasilitator                    : Pn. Maria Aphonsia Mitan
Fasilitator Kumpulan 1        : Cik Huang Siew Weng
                                                  En. Muhammad Zaid bin Ramli
Fasilitator Kumpulan 2        : Pn. Maria Aphonsia Mitan
                                                  En. Jordan Jerome ak Assan

Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi                             : En. Masrich Bin Haji Keria
Naib pengerusi                    : Pn. Miriwati binti Abu Bakar
Setiausaha                           : En. Ramlee bin Kamis
Bendahari                             : Pn. Jurinawati binti Jorani
Kem Komandan                   : Cik Huang Siew Weng

Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan                       : Pn. Jurinawati binti Jorahi
                                                  Pn. Surina binti Omar
                                                  Cik Huang Siew Weng
AJK Peralatan                      : En. Hannis Syafiq bin Omar
                                                  En. Muhammad Zaid bin Ramli
                                                  En. Jordan Jerome ak Assan
                                                  Ustaz Ridhwan
AJK Hadiah dan Sijil           : Cik Huang Siew Weng
AJK Disiplin                          : Ustaz Noh bin Laden
                                                  Ustaz Ridhwan
AJK Moral                              : En. Jordan Jerome ak Assan
AJK Keselamatan                : En. Ramlee bin Kamis

9.0       PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH (RM)
1
Makanan Peserta
14 orang X RM 20
  280.00
2
Makanan Guru
14 orang X RM 20
  280.00
3
2 X Hamper dan 1 X plat
3 Kategori
    50.00
4
Pelbagai
-
  100.00

Jumlah
710.00

            Sumber Kewangan:
1.            Peruntukan Ko-Kurikulum
2.            Sumbangan pelajar

10.0    PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan TKRS ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Disediakan oleh, 
                                          
(Cik. Huang Siew Weng)                                
Kem Komandan,                                                  
Unit Beruniform TKRS,                                           

SKKB Bekenu,Miri, Sarawak.

Tuesday, 17 September 2013

UPSR 2013

 Ibu bapa calon UPSR

10-12 September 2013

2 putera dan 1 puteri
Salam SKKB.  Minggu lepas telah berlangsung UPSR sebenar dengan kehadiran penuh calon untuk semua kertas yang diambil.  Terima kasih kita ucapkan kepada Puan Aishah, Encik Hamlee, En. Muslim dan Encik Myni kerana hadir dan menghantar anak ke dewan peperiksaan pada hari pertama peperiksaan.  Semangat yang berkobar-kobar untuk melihat kejayaan anak-anak Tahun 6 pada tahun ini amat dirasai bukan sahaja oleh ibu bapa tetapi juga guru SKKB.  Selamat berjuang wahai putera dan puteri SKKB.  Ke arah menjulangi Sarawak.

Thursday, 5 September 2013

MAJLIS IZIN ILMU DAN RAMAH-TAMAH AIDILFITRI 2013

Salam SKKB, semalam kita telah berjaya melaksanakan program seperti tersebut di atas, antara program di bawah Bitara III.  Terima kasih kita ucapkan kepada semua yang terlibat, warga SKKB, penduduk Kampung Bulau dan murid yang disayangi.  Beberapa snapshot disertakan untuk tatapan semua.  Ke arah menjulangi SKKB dan perpaduan masyarakat setempat.

Kehadiran para tetamu yang ramai

Alfadhil dan syafiq

Golongan ibu-ibu

Hidangan yang disediakan

Salam Aidilfitri dari Kampung Bulau