Pada 9 Jun 2015 yang lalu, Kampung Bulau digemparkan oleh penangkapan dua ekor buaya di Sungai Sibuti. Buaya tersebut ditangkap oleh pihak Sarawak Forest Corporation dan Pihak Pertahanan Awam kerana buaya tersebut telah berada terlalu dekat dengan kawasan kampung. Seekor lagi buaya ditangkap di Kampung Mutap iaitu kampung bersebelahan dengan Kampung Bulau. Buaya yang ditangkap di Kampung Bulau adalah seberat 1 tan dan panjang 12 kaki manakala buaya yang ditangkap di Kampung Mutap adalah seberat 1 tan dan panjang 13 kaki. Buaya tersebut telah dipindahkan ke Miri Crocodile Farm yang terletak di Kuala Baram. Berikut adalah gambar yang diambil semasa penangkapan buaya-buaya tersebut.
Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau |
Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau |
Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau |
Buaya yang ditangkap di Kpg Mutap |