SELAMAT DATANG KE SKKB

Tuesday, 27 March 2012

VERIFIKASI EMIS 2012

Taklimat EMIS berlangsung di Bilik Tayangan, PKG Subis

Salam SKKB.  Taklimat EMIS pada tahun ini telah diadaan pada 22 Mac 2012 bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang di PKG Subis.  Cikgu Ramlee Bin Kamis (Guru Data) telah datang untuk verifikasi ini.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengemaskini semua Data yang terdapat di EMIS SKKB untuk kutipan data setakat 31 Mac 2012.  Taklimat di ketuai oleh Cikgu Jafar, pegawai EMIS PPDSubis.  Di samping itu, dibincangkan juga cara pengisian EMIS untuk Guru Data yang baru serta mebuat semakan untuk ralat yang ada di Daerah Subis.  Perincian dibuat untuk data yang bermasalah. 

MSSR 2012

Pemilihan peringkat Zon di SK Bekenu

Tahniah kepada Adik Asria kerana terpilih ke Peringkat Daerah(Tshirt Hitam)

2 wakil SKKB yang lain(Tshirt Hitam Manutd))

Salam SKKB.  Pada 08 Mac 2012 telah diadakan pemilihan MSSR Zon Sibuti di SK Bekenu pada jam 2.00 petang.  Kita telah menghantar 3 orang wakil untuk pemilihan itu.  Syabas kepada Adik Asrie kerana terpilih untuk mewakili Zon Sibuti ke MSSR peringkat Daerah yang diadakan di Stadium Miri pada 22 Mac 2012. 

MSSR Peringkat Bahagian Miri pula diadakan pada hari kelmarin, iaitu 27 Mac 2012 di Stadium yang sama di bawah kelolaan PPDSubis.  Cikgu Maria Aphonsia, Jurulatih Sukan SKKB telah dipilih untuk membantu dalam pengendalian penghakiman pada acara berkenaan.  Syabas kita ucapakan kepada beliau di atas pemilihan itu.

Friday, 23 March 2012

MTAQ Zon Sibuti 2012

Salam SKKB,  petang tadi sempat menghadiri Mesyuarat MTAQ di SK Kampung Subak.  Bermula jam 2.30 petang.  Berikut adalah dapatan dari mesyuarat berkenaan  :

1.MTAQ Sibuti akan berlangsung di SK Bekenu pada 28 Mac 2012 (Rabu) jam 2.00 petang. Pendaftaran peserta pada 1.30 petang.

2.Pengerusi Pengelola Hafazan-SK Kampung Subak dibantu oleh SK Bungai dan SJKC Chung Hua Sibuti

3.Pengerusi Pengelola Tilawah-SK Kampung Selanyau dibantu oleh SK Tawakal Satap dan SK Beliau Isa

4.Pengerusi Pengelola Bercerita Kisah Nabi-SK Beliau Ahad dibantu oleh SK Kuala Sibuti dan SK Keluru Tengah

5.Pengerusi Pengelola Nasyid & Kompang Selawat-SK Kampung Masjid dibantu oleh SK Kampung Angus dan SK Kampung Bulau

Agihan hakim setiap venue telahpun dilakukan pada mesyuarat ini dan akan dimaklumkan kepada semua melalui surat MGB Sibuti yang akan diedarkan pada Isnin depan.

Daerah Subis juga telah dipilih untuk pengelola MTAQ peringkat Bahagian.  MTAQ Peringkat Daerah akan dikelola oleh Zon Niah.

Untuk SKKB, sekolah telah diamanah untuk membantu mengendalikan Pertandingan Nasyid & Kompang Selawat yang akan diadakan di Dewan Makan SK Bekenu.  Cikgu Ramlee Bin Kamis (Juruacara),  Ustaz Mohd Noh Bin Laden (Hakim Lirik Nasyid&Kompang Selawat) dan Cikgu Mohd Farid Bin Jamburi (Juru Kira) dipilih dalam JK Kerja Nasyid & Kompang Selawat

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.30 petang.

Thursday, 8 March 2012

LAWATAN KALI-1 PEGAWAI KLINIK PERGIGIAN

Pemeriksaan Gigi oleh Pegawai Pergigian

Tahniah kepada pelajar SKKB kerana memberi kerjasama 
Salam SKKB.  Pada tahun ini buat julung kalinya, pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Miri telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan gigi murid buat kali pertamanya di SKKB.  Lawatan ini bermula pada 27 Februari 2012 hingga 02 Mac 2012.  Terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program Klinik Pergigian Miri ini.

Ujian Bulanan 1 SKKB 2012

Sedang tekun menjawab soalan
Salam SKKB.  Bermula 27.02.2012 sehingga 05 Mac 2012, Ujian Bulanan 1 SKKB berlangsung.  Ujian berjalan dengan lancar mengikut Jadual yang telah ditetapkan.  Terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus menyiapkan ujian pada kali ini.  Sila ambil maklum bahawa tarikh akhir mengisi SAPS adalah pada atau sebelum 23 Ma 2012.  Terima kasih.

Thursday, 23 February 2012

UJIAN 1 SKKB 2012

Salam SKKB, ujian 1 akan diadakan pada 27-29 Februari 2012 untuk murid Tahun 3, 4, 5 & 6.  Sila ambil maklum bahawa markah akan diisi ke dalam SAPS pada awal Mac ini.  Harap maklum

Sunday, 19 February 2012

Gotong-royong SKKB Bil.1/2012




Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Salam SKKB, pada 18 Februari 2011(Sabtu) bermula jam 8.00 pagi bertempat di kawasan sekolah telah diadakan gotong royong pertama anjuran PIBG SKKB pada tahun ini.  Kehadiran para ibu bapa dan guru SKKB menunjukan komitmen tidak berbelah bahagi bagi menjayakan aktiviti berfaedah ini.  Antara pengisian di dalam gotong-royong pada kali ini adalah pembinaan pagar pada laluan baru ke SKKB seperti gambar di atas.  Pembinaan laluan baru ke tandas sekolah juga dibina.  Sila lihat gambar di bawah ;

jambatan kerjasama, gandingan setiakawan