SELAMAT DATANG KE SKKB

Saturday, 23 March 2013

KEM MOTIVASI 1 2013

Perjalanan bermula

Akhirya sampai ke destinasi

Sesi taklimat

Perbincangan bersama rakan guru

Bersedia untuk Modula Oblonggata
Salam SKKB.  Pada 23-24 Februari 2013, Pihak sekolah telah mengadakan aktiviti Kem Motivasi 1 bagi sesi 2013.  Diadakan di Taman Negara Niah, ia mengumpulkan peserta seramai 10 peserta yag terdiri daripada murid Tahap 2.  Pada kali ii, Kem Motivasi di jalankan awal untuk menyuntik semangat agar peserta dapat menggalas taggugjawab yang terbeban di bahu sebagai pelajar.  Harapan pasti ingin melihat anak didik berjaya dalam pelajaran di samping menigkatkan jati diri dalam diri.

Sentiasa beringat

Di dalam bot

Pandangan dari seberang sungai Niah

Menuju ke puncak

Meneruskan perjalanan selepas berhenti rehat

I believe I can't fly

Not on the moon but in Niah Cave

Pandangan dari dalam Gua Niah

Semakin dekat dengan mulut Gua Niah

Keadaan semasa berada di dalam perut Gua Niah

Keadaan gelap dan panas

Berhenti rehat

Membeli buah tangan sebelum balik

Lokasi gerai jualan tidak jauh dari muka Gua Niah

Waktu-waktu melawat Muzium Gua Niah
Perjalanan Kem berakhir dengan lawatan ke Gua Niah.  Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam lebih.  Di samping bertujuan untuk membina ketahanan fizikal peserta mengharungi perjalanan panjang, ia juga bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang pengalaman berada di Gua Niah untuk pengetahuan dan kenangan berharga sepanjang hayat.  Syukur kerana tiada apa-apa masalah timbul pada Kem kali ini.  Kem ke-2 dijangka akan dilaksanakan pada Jun hadapan.  

Tuesday, 19 March 2013

BILIK GURU 2013

Salam SKKB.  Bilik Guru memainkan peranan amat penting untuk memberi keselesaan kepada para guru.  Perancangan dibuat dan dilaksanakan dengan usaha dan komitmen tidak berbelah bahagi oleh Ustaz Mohamad Noh dan Cikgu Mohamad Farid Jamburi pada tahun lepas untuk menjadikan Bilik Guru seperti yang sedia ada kini.  Peruntukan yang diberi oleh YB Tuan Haji Ahmad Lain Bin Bujang Ahli Parlimen P218 Sibuti amat membantu di dalam pembelian perkasasan yang diperlukan.  Terima kasih kami ucapkan.

Warna Ombak Biru sebagai pencetus kreativiti

Keselesaan Guru Terjaga

Sambil tekun bekerja, ada masa dapat bergurau senda

Keadan Bilik Guru yang lebih luas

CLASS OF 2013

Salam SKKB.2013 datang dengan berani pada kali ini. dengan sasaran pencapaian GPS kurang daripada 2.30 kita cuba melangkah menuju kecemerlangan dengan aktiviti serta program yang terancang dan berkeyakinan.  Bitara III akan dijadikan titik tolak untuk menuju destinasi jaya ini.

Tahun 1

Minda Cerdas, Mata Bercahaya ; Motto Tahun 1

Tahun 1 dari sudut berbeza

Year 5 ; Good Morning Madam Miri

Madam Miri : As I said before...

Tahun 3 : Kelas Sains dengan Cikgu Huang

Cikgu Huang :  Sila beri perhatian Awang

Tahun 6 : P&P sedang berjalan

Tahun 2 : Bahasa Malaysia bersama Cikgu Maria

Kelas paling ramai murid

SNAPSHOT SUKAN 2012

Memeriksa keadaan padang;steady Pentadbir

Hantap juak lamah bisiak anik

Liman : Panjang tiak ambut kuk
Salam SKKB.  Sudah lama meninggal blog ini.  Kita kembali dengan kisah dan gambar dari lensa 2012 yang lalu.  Sukan tahunan 2012 berlangsung dengan gilang gemilang dengan menampilkan keriangan dan kegembiraan kepada semua yang berada di sekitar SKKB.  Berikut ditampilkan beberapa snapshot yang menceritakan 1001 cerita yang menarik di sebalik kibaran bendera merah, putih, kuning ;

Bola tampar terbuka berlangsung

Aksi motosikal lambat di garisan permulaan

Bermula sebentar lagi

Aku dah bapadah, luan miah bisiak panak anik

My thinking hat


Monday, 14 January 2013

BANJIR

Salam SKKB.  Sudah menjadi kebiasaan banjir sentiasa berlaku di SKKB.  Namun demikian tiada siapa menyangka ia berlaku juga pada tahun ini.  Apatah lagi dengan suasana serba panas dan cerah pada tahun lepas telah melupakan sejenak kejadian ini dari fikiran.  Banjir pada kali ini berlaku secara perlahan-lahan dengan paras air sungai berhampiran naik sedikit demi sedikit hingga mencapai tahap membimbangkan pada pagi ini.  Adalah dinasihatkan agar semua warga SKKB untuk sentiasa menjaga keselamatan pada setiap masa. Berikut disertakan beberapa snapshot untuk tatapan bersama.

Laluan air sungai yang deras

Laluan pejalan kaki dinaiki air

Air melimpah ke kawasan sekolah

Kawasan padang sekolah yang dipenuhi air

Utamakan keselamatan sepanjang masa

Sunday, 13 January 2013

TAHUN BARU

Selamat kembali ke SKKB
Salam SKKB.  Tahun 2012 sudah menjadi sejarah dan berlalu dengan 1001 macam peristiwa suka dan duka.  Tahniah kepada calon UPSR 2012 dengan pencapaian 75% kelulusan.  Kenaikan peratus dan GPS sekolah dapat direalisasikan.   Tidak dinafikan usia SKKB yang semakin matang memungkinkan ia dapat terus berdiri teguh untuk mencapai hasrat dan impian menjadikan SKKB gemilang dan terbilang di persada pendidikan semasa.  Selamat kembali bertugas kepada semua guru lama SKKB.  Selamat datang kepada guru jQaf yang baru melapor diri pada 01 Januari 2013 iaitu Ustaz Mohd Ridhwan.  Selamat bertugas di stesyen yang baru kepada Cikgu Mohamad Farid Jamburi.  Selamat Cuti Bersalin kepada Puan Surina, tahniah di atas kelahiran anak pertama.

Pastinya 2013 membawa pelbagai macam rasa dan pelbagai rupa warna.  Kita doakan bersama agar SKKB dapat mencapai hasratnya mencapai sekurang-kurangnya seorang 5A dan kelulusan 100% pada UPSR tahun ini.  Dengan semangat setiakawan dan segenggam semangat, pastinya impian ini tercapai jua akhirnya.  

Saturday, 3 November 2012

TEMASYA SUKAN 2012

Sukan 2012 bermula
Salam SKKB.  Pada 20-21 Oktober yang lalu dilangsungkan Temasya Sukan 2012.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara tahunan ini dalam keadaan sederhana tetapi tetap meriah.  Untuk snapshot tenasya ini boleh layari akaun Facebook SKKB.  Majulah sukan untuk semua.