Salam sejahtera dan Salam SKKB,
Pada 17 Oktober 2014 yang lepas , SKKB telah menganjurkan Kem 1 murid 1 Sukan di padang sekolah. Kem tersebut dikendalikan oleh Cikgu Maria selaku penyelaras dan dibantu oleh semua guru dan staf. Aktivit seperti futsal dan softball (diketuai oleh Cikgu Syafiq), rugby ( diketuai oleh Cikgu Kenedy), dan senamrobik dan gymnastik (diketuai oleh Cikgu Maria). Aktivit tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu untuk menjayakan Kem 1 Murid 1 Sukan.
Tuesday, 16 December 2014
Monday, 20 October 2014
Perkhemahan TKRS Edisi 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pada 17-19 Oktober yang lepas SKKB telah menganjurkan Perkhemahan TKRS Edisi 2014 di perkarangan sekolah. Perkhemahan kali ini telah dikendalikan oleh Guru Penasihat TKRS iaitu Cikgu Kenedy dan dibantu oleh semua guru, staf dan warga SK Kampung Bulau.
Perkhemahan ini melibatkan 19 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Perjalanan program berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima Kasih diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat menjayakan program ini.

| Murid-murid membina khemah. |
| Cikgu Kenedy menggali parit. |
| Fuhh,.letihnya selepas aktiviti dalam hutan. |
| Cikgu Maria mewakili guru besar untuk majlis penangguhan Kem TKRS 2014 |
| YEAHHH Kem tkrs dah tamat!! |
Saturday, 28 June 2014
Program Motivasi Cara Menjawab Soalan UPSR ANJURAN SARAWAK SHELL BERHAD
Salam SKKB dan salam sejahtera,
Pada 22 Jun 2014 yang lalu, SKKB telah menghantar 4 orang murid Tahun 6 ke Program Motivasi Cara menjawab soalan UPSR anjuran Sarawak Shell Berhad. Guru pengiring ialah Cikgu Jordan Jerome anak Assan. Pihak sekolah amat mengharapkan peningkatan prestasi dalam pelajaran mereka selapas menghadiri program motivasi tersebut. Berikut adalah gambar yang diambil semasa program tersebut dijalankan.

| Di dalam bas persiaran membawa murid ke Eastwood Valley |
| Kain rentang program motivasi |
| Harapan SKKB UPSR 2014: Dari Kiri: Asri, Firdaus, Fitriyah dan Dayana |
| Sarapan pagi..nomnomnom |
| Pelajar-pelajar yang mengikuti program motivasi tersebut. |
| SK RH Essau dan SK Kpg Bulau |
| Cikgu Jordan menerima cenderamata dari pihak Sarawak Shell Berhad |
| Asri menerima sijil pernyertaan bagi pihak sekolah. |
| Keletihan sampai tertidur.,,kesiannya... |
| Entah apa dilamun Dayana tu... Alahai Fitriyah, kesiannya menahan mabuk duduk dalam bas.. |
Tuesday, 27 May 2014
Hari Guru 2014- Guru: Pencetus Kreativi, Penjana Innovasi.
Salam sejahtera dan salam SKKB.
Pada 16 Mei 2014, SK Kampung Bulau telah mengadakan sambutan hari guru di bawah bangunan sekolah. Pada tahun ini, hari guru ini amat bermakna kepada tiga guru baharu iaitu Cikgu Hannis Syafiq, Cikgu Muhammad Zaid dan Cikgu Nurasyidah yang buat pertama kalinya mereka menyambut Hari Guru di SK Kampung Bulau. Pada hari itu juga, satu majlis perpisahan untuk Ustaz Mohd Ridhwan turut diadakan. Beliau telah menamatkan praktikumnya di SK Kampung Bulau selama satu tahun enam bulan. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas sumbangannya selama ini menjadi guru Bahasa Arab dan guru Agama. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengambil gambar semua warga sekolah, pertandingan mereka kad hari guru, bertukar hadiah sesama guru dan staf, serta "pot luck".

| Guru-guru dan staf 2014 |
| Semua warga SKKB |
| Staf-staf sekolah |
| Guru Kelas Tahun 6 Fadillah: Ust Mohamad Noh dan murid-murid |
| Guru Kelas Tahun 5 Efisyen: En Muhammad Zaid dan murid-murid |
| Guru Kelas Tahun 4 Dedikasi: Encik Jordan Jerome dan murid-murid |
| Guru Kelas Tahun 3 Cekap: En. Kenedy Pangkau dan murid- murid |
| Kek Selamat Hari Guru |
| Semua guru berposing dahulu |
| 1,2,3 tiupppp |
| Guru Kelas Tahun 2 Bersih: En Hannis Syafiq dan murid-murid |
| Terima Kasih Ust Ridhwan. |
| Guru Kelas Tahun 1 Amanah: Pn Rohayati Bolkassem dan murid-murid |
Jelajah Pencarian Bintang Kecil RTM
Pada 11 April 2014. SK Kpg Bulau telah menghantar dua orang wakil sekolah, Izdiyad Muslihuddin dan Irfan Muslihin untuk pencarian Bintang Kecil RTM di Dewan Sri Gemilang, SK Bekenu. Berikut adalah gambar semasa pemilihan tersebut.
| Adik Izdiyad Muslihudin |
| Adik Irfan Muslihin |
| Cikgu Ayu...lalalalala |
| Aku Anak Kampung... besar dibandar...lalalala |
Kem Motivasi 1 2014
Salam SKKB kepada semua,
Pada 11 April 2014, SK Kampung Bulau telah mengadakan Kem Motivasi 1 untuk semua pelajar Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kem motivasi tersebut juga telah menjemput 7 orang pelajar Tahun 6 dari SK Kampung Selanyau. Jumlah perseta adalah seramai 27 orang. Kem tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam di SK Kampung Bulau.

| Peserta mendirikan khemah. |
| Peserta menikmati keselesaan di dalam khemah. |
| Aktivit memupuk semangat kerjasama |
| Kiri,kanan,kiri,,,, |
| Semua peserta mendengar penerangan dari Kem Komanden, Ustaz Noh |
| Letih nye.... |
| mmmm Sedapnya... |
![]() |
| Ustaz Noh memeriksa daun paku-pakis yang telah dikutip oleh semua peserta kem motivasi.. |
![]() |
| Aktiviti menguji kreativi menggunakan batang paip plastik |
![]() |
| WAHH..kreatifnye adik ni... |
Friday, 28 March 2014
LOKASI SK KAMPUNG BULAU
Salam SKKB dan Salam Sejahtera. Bagi yang belum berpeluang untuk melawat ke SKKB, lokasi simpang ke sekolah terletak lebih kurang 7 km dari Pasar Simpang Bekenu melalui laluan jalan lama Miri-Bintulu. Papan tanda ini terletak di sebelah kanan bahu jalan jika tuan/puan dari Bandaraya Miri. Papan tanda ini juga terletak pada sebelah kiri bahu jalan jika tuan/puan dari Batu Niah dan Bintulu melalui jalan lama Bintulu-Miri. Perjalanan dari Miri ke SKKB mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
| Papan tanda ke SK Kampung Bulau, Bekenu |
Subscribe to:
Posts (Atom)