SELAMAT DATANG KE SKKB

Tuesday, 16 December 2014

MAJLIS IZIN ILMU 2014

Salam Sejahtera dan Salam SKKB,

Pada 22 Oktober 2014 yang lepas, SKKB telah mengadakan majlis izin ilmu kepada murid-murid Tahun 6 yang menduduki UPSR. Majlis tersebut juga melibatkan semua penduduk Kampung Bulau. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah SKKB dan semua  penduduk kampung Bulau. Semoga SKKB sentiasa diberkati Tuhan.
Ibu Bapa dan semua penduduk kampung Bulau hadir pada majlis Izin Ilmu.

Calon UPSR SKKB 2014
(Dari Kiri ke Kanan: Asri, Fitriyah, Dayana, Firdaus)


Selamat Berjaya kepada calon UPSR 2014
  

Kem 1 MURID,1 SUKAN 2014

Salam sejahtera dan Salam SKKB,

Pada 17 Oktober 2014 yang lepas , SKKB telah menganjurkan Kem 1 murid 1 Sukan di padang sekolah. Kem tersebut dikendalikan oleh  Cikgu Maria  selaku penyelaras dan dibantu oleh semua guru dan staf.  Aktivit seperti futsal dan softball (diketuai oleh Cikgu Syafiq), rugby ( diketuai oleh Cikgu Kenedy), dan senamrobik dan gymnastik  (diketuai oleh Cikgu Maria). Aktivit tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu untuk menjayakan Kem 1 Murid 1 Sukan.


Monday, 20 October 2014

Perkhemahan TKRS Edisi 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada 17-19 Oktober yang lepas SKKB telah menganjurkan Perkhemahan TKRS Edisi 2014 di perkarangan sekolah. Perkhemahan kali ini telah dikendalikan oleh Guru Penasihat TKRS iaitu Cikgu Kenedy dan dibantu oleh semua guru, staf dan warga SK Kampung Bulau.

Perkhemahan ini melibatkan 19 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Perjalanan program berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima Kasih diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat menjayakan program ini.



Murid-murid membina khemah.

Cikgu Kenedy menggali parit.






Fuhh,.letihnya selepas aktiviti dalam hutan.

Cikgu Maria mewakili guru besar untuk majlis penangguhan Kem TKRS 2014

YEAHHH Kem tkrs dah tamat!!


Saturday, 28 June 2014

Program Motivasi Cara Menjawab Soalan UPSR ANJURAN SARAWAK SHELL BERHAD

Salam SKKB dan salam sejahtera,

Pada 22 Jun 2014 yang lalu, SKKB telah menghantar 4 orang murid Tahun 6  ke Program Motivasi Cara menjawab soalan UPSR anjuran Sarawak Shell Berhad. Guru pengiring ialah Cikgu Jordan Jerome anak Assan. Pihak sekolah amat mengharapkan peningkatan prestasi dalam pelajaran mereka selapas menghadiri program motivasi tersebut. Berikut adalah gambar yang diambil semasa program tersebut dijalankan.

Di dalam bas persiaran membawa murid ke Eastwood Valley

Kain rentang program motivasi

Harapan SKKB UPSR 2014: Dari Kiri: Asri, Firdaus, Fitriyah dan Dayana

Sarapan pagi..nomnomnom

Pelajar-pelajar yang mengikuti program motivasi tersebut.

SK RH Essau dan SK Kpg Bulau

Cikgu Jordan menerima cenderamata dari pihak Sarawak Shell Berhad

Asri menerima sijil pernyertaan bagi pihak sekolah.

Keletihan sampai tertidur.,,kesiannya...

Entah apa dilamun Dayana tu... Alahai Fitriyah, kesiannya menahan mabuk duduk dalam  bas.. 

Tuesday, 27 May 2014

Hari Guru 2014- Guru: Pencetus Kreativi, Penjana Innovasi.

 Salam sejahtera dan salam SKKB.

Pada 16 Mei 2014, SK Kampung Bulau telah mengadakan sambutan hari guru di bawah bangunan sekolah. Pada tahun ini, hari guru ini amat bermakna kepada tiga guru baharu iaitu Cikgu Hannis Syafiq, Cikgu Muhammad Zaid dan Cikgu Nurasyidah yang buat pertama kalinya mereka menyambut Hari Guru di SK Kampung Bulau. Pada hari itu juga, satu majlis perpisahan untuk Ustaz Mohd Ridhwan  turut diadakan. Beliau telah menamatkan praktikumnya di SK Kampung Bulau selama satu tahun enam bulan. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas sumbangannya selama ini menjadi guru Bahasa Arab dan guru Agama. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengambil gambar semua warga sekolah, pertandingan mereka kad hari guru, bertukar hadiah sesama guru dan staf, serta "pot luck".

Guru-guru dan staf 2014
Semua warga SKKB

Staf-staf sekolah

Guru Kelas Tahun 6 Fadillah: Ust Mohamad Noh dan murid-murid

Guru Kelas Tahun 5 Efisyen: En Muhammad Zaid dan murid-murid

Guru Kelas Tahun 4 Dedikasi: Encik Jordan Jerome dan murid-murid

Guru Kelas Tahun 3 Cekap: En. Kenedy Pangkau dan murid- murid
Kek Selamat Hari Guru
Semua guru berposing dahulu
1,2,3 tiupppp

Guru Kelas Tahun 2 Bersih: En Hannis Syafiq dan murid-murid
Terima Kasih Ust Ridhwan.
Guru Kelas Tahun 1 Amanah: Pn Rohayati Bolkassem dan murid-murid






Jelajah Pencarian Bintang Kecil RTM

Salam SKKB dan salam sejahtera,
Pada 11 April 2014. SK Kpg Bulau telah menghantar dua orang wakil sekolah, Izdiyad Muslihuddin dan Irfan Muslihin untuk pencarian Bintang Kecil RTM di Dewan Sri Gemilang, SK Bekenu. Berikut adalah gambar semasa pemilihan tersebut.
Adik Izdiyad Muslihudin

Adik Irfan Muslihin

Cikgu Ayu...lalalalala

Aku Anak Kampung... besar dibandar...lalalala

Kem Motivasi 1 2014

Salam SKKB kepada semua,

Pada 11 April 2014, SK Kampung Bulau telah mengadakan Kem Motivasi 1 untuk semua pelajar Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kem motivasi tersebut juga telah menjemput 7 orang pelajar Tahun 6 dari SK Kampung Selanyau. Jumlah perseta adalah seramai 27 orang.  Kem tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam di SK Kampung Bulau.

Peserta mendirikan khemah.

Peserta menikmati keselesaan di dalam khemah.

Aktivit memupuk semangat kerjasama

Kiri,kanan,kiri,,,,

Semua peserta mendengar penerangan dari Kem Komanden, Ustaz Noh

Letih nye....

mmmm Sedapnya...

Ustaz Noh memeriksa  daun paku-pakis yang telah dikutip oleh semua peserta kem motivasi..

Aktiviti menguji kreativi menggunakan batang paip  plastik

WAHH..kreatifnye adik ni...