Salam SKKB dan salam sejahtera,
Pada 2 April 2015 yang lalu, SK Kampung Bulau telah menghantar penyertaan untuk MTAQ peringkat daerah Subis. Tahniah kepada adik Izdiyad Muslihuddin bin Muslim kerana telah menjuarai pertandingan tersebut.
Thursday, 24 September 2015
Wednesday, 23 September 2015
MSSR Zon Sibuti 2015
Salam SKKB dan salam sejahtera,
Pada 11 Februari 2015, SK Kampung Bulau telah menghantar 8 orang murid untuk mewakili sekolah ke MSSR Zon Sibuti. Hanya 2 orang murid iaitu adik Zaim (kelas Tahun 4) dan adik Azhar (Kelas tahun 6) berjaya untuk mewakili sekolah ke MSSR Daerah Subis. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada mereka.

Saturday, 28 February 2015
MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT KAMPUNG BULAU 2015
Salam Sejahtera,Salam 1 Malaysia, Salam SKKB,
Pada 24 Februari 2015 yang lalu,SK Kampung Bulau telah dikunjungi oleh Menteri Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga sempena Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Kampung Bulau 2015. Beliau juga melawat persekitaran sekolah dan memberi kata-kata semangat kepada semua warga SKKB dan Kampung Bulau. Beliau juga telah menyumbang RM 20000 untuk membaiki bangunan sekolah SK Kampung Bulau. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa majlis tersebut.

| Helikopter sudah tiba di Kampung Bulau |
| Helikopter selamat mendarat di padang bola sepak SK KAMPUNG BULAU |
![]() |
| Cikgu Miriwati (PK1) menyambut kedatangan YB Ripin Lamat, YB Rosey Yunus dan YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah |
| YB Datuk Hjh Fatimah Bersalam dengan murid-murid SKKB |
![]() |
| Persembahan Tarian selamat datang |
![]() |
| Simbolik selamat datang ke SK KAMPUNG BULAU, merangkap merasmikan signboard sekolah |
![]() |
| Gambar kenangan bersama YB Datuk Fatimah dan warga sekolah |
![]() |
| Pn Miriwati menyampaikan cenderamata |
![]() |
| Penari-penari SK Kampung Bulau terdiri dari murid-murid tahap 1 bersama Cikgu Jordan |
| YB Rosey bin Hj Yunus memberi ucapan |
| Satu dua tiga senyum |
| YB Datuk Hj Fatimah menyampaikan sijil kepada Pn Miriwati |
| Ust Azamuddin membaca doa selamat |
| Pemanca Hj Ali memberi ucapan |
![]() |
| Keratan akhbar |
| Pengacara majlis: Cikgu Kenedy dan Cikgu Syafiq |
| YB Datuk Hj Fatimah Abdullah memberi ucapan |
| Selamat Tinggal dan jumpa lagi |
![]() |
| Gambar kenangan warga SKKB dan YB Menteri dan dif-dif kehormat |
![]() |
| Guru-guru ber "wefie" dengan helikopter |
Friday, 27 February 2015
SK Kpg Bulau dilanda banjir 2015
Salam SKKB dan Salam 1 Malaysia,
Pada 21 Januari 2015 yang lalu, hujan lebat telah melanda di daerah Bekenu, Hujan pada jam 3pagi tersebut telah menyebabkan seluruh kampung bulau ditenggelami air. Kampung Bulau dan sekolah ditenggelami air selama tiga hari. Pnp terpaksa ditangguhkan. Guru-guru dan staf masih bekerja pada hari tersebut dengan membuat taklimat dan melengkapkan dokumen-dokumen penting pada minggu kedua persekolahan. Pada 23 Januari 2015, SK Kampung Bulau dikunjungi oleh YB Puan Rosey binti Hj Yunus dan rombongannya yang terdiri daripada Pemanca Haji Ali, Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu dan kaunselor-kaunselor daripada Majlis Daerah Subis, Kunjungan YB Puan Rosey amat dihargai kerana beliau memahami keadaan sekolah. Beliau juga menyumbangkan RM1000 kepada sekolah atas penghargaan kepada pencapaian sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa banjir.

| Hujan lebat jam 3 pagi Rabu (21 Januari 2014) |
![]() |
| Jam 7pagi |
![]() |
| Padang simen telah ditenggelami air |
![]() |
| Teratak Ilmu telah ditenggelami air |
![]() |
| Jalan tar dan tempat parkir di kampung bulau telah ditenggelami air |
![]() |
| Sungai Sibuti telah mencecah paras yang sangat tinggi |
![]() |
| Hari Kedua, Hampir keseluruhan Kampung Bulau dan sekolah ditenggelami air |
![]() |
| 'kawan' datang melawat dan berjaya membunuh seekor itik |
![]() |
| Guru menggunakan bot ke sekolah |
![]() |
| Warga staf menyeberangi Sungai Sibuti yang deras menggunakan bot |
![]() |
| Air telah naik lebih tinggi |
![]() |
| TERIMA KASIH YB ROSEY |
![]() |
| YB Rosey dan rombongan bersama guru besar sebelum ke sekolah... |
Friday, 16 January 2015
Selamat Tahun Baharu 2015
Selamat Tahun Baharu 2015, Salam Sejahtera dan Salam SKKB,
Bersyukur kepada Tuhan yang maha Esa permulaan tahun baharu yang cukup baik dengan blok kelas baharu di SK Kampung Bulau yang sudah siap dan pertambahan bilangan murid-murid di Tahun 1. Pada tahun ini bilangan murid yang berdaftar di SKKB adalah seramai 10 orang (9 di Tahun 1 dan 1 di Tahun 5) dengan jumlah besar seramai 36 orang murid, paling ramai dalam sejarah SKKB. Saksikan gambar ragam SKKB pada awal tahun ini. (16 JANUARI 2014)

| Permulaan |
![]() |
| Pertengahan |
![]() |
| Pertengahan |
![]() |
| Siap!! |
![]() |
| Koridor ke blok kelas baharu |
![]() |
| Di dalam kelas itu sebelum tikar getah digulungkan. |
![]() |
| Bangunan hadapan kelas baharu |
| Bilangan murid SKKB |
| 36 orang murid satu sekolah, kalau di bandar satu kelas tu..hehehe |
Subscribe to:
Posts (Atom)