SELAMAT DATANG KE SKKB

Monday, 14 January 2013

BANJIR

Salam SKKB.  Sudah menjadi kebiasaan banjir sentiasa berlaku di SKKB.  Namun demikian tiada siapa menyangka ia berlaku juga pada tahun ini.  Apatah lagi dengan suasana serba panas dan cerah pada tahun lepas telah melupakan sejenak kejadian ini dari fikiran.  Banjir pada kali ini berlaku secara perlahan-lahan dengan paras air sungai berhampiran naik sedikit demi sedikit hingga mencapai tahap membimbangkan pada pagi ini.  Adalah dinasihatkan agar semua warga SKKB untuk sentiasa menjaga keselamatan pada setiap masa. Berikut disertakan beberapa snapshot untuk tatapan bersama.

Laluan air sungai yang deras

Laluan pejalan kaki dinaiki air

Air melimpah ke kawasan sekolah

Kawasan padang sekolah yang dipenuhi air

Utamakan keselamatan sepanjang masa

Sunday, 13 January 2013

TAHUN BARU

Selamat kembali ke SKKB
Salam SKKB.  Tahun 2012 sudah menjadi sejarah dan berlalu dengan 1001 macam peristiwa suka dan duka.  Tahniah kepada calon UPSR 2012 dengan pencapaian 75% kelulusan.  Kenaikan peratus dan GPS sekolah dapat direalisasikan.   Tidak dinafikan usia SKKB yang semakin matang memungkinkan ia dapat terus berdiri teguh untuk mencapai hasrat dan impian menjadikan SKKB gemilang dan terbilang di persada pendidikan semasa.  Selamat kembali bertugas kepada semua guru lama SKKB.  Selamat datang kepada guru jQaf yang baru melapor diri pada 01 Januari 2013 iaitu Ustaz Mohd Ridhwan.  Selamat bertugas di stesyen yang baru kepada Cikgu Mohamad Farid Jamburi.  Selamat Cuti Bersalin kepada Puan Surina, tahniah di atas kelahiran anak pertama.

Pastinya 2013 membawa pelbagai macam rasa dan pelbagai rupa warna.  Kita doakan bersama agar SKKB dapat mencapai hasratnya mencapai sekurang-kurangnya seorang 5A dan kelulusan 100% pada UPSR tahun ini.  Dengan semangat setiakawan dan segenggam semangat, pastinya impian ini tercapai jua akhirnya.  

Saturday, 3 November 2012

TEMASYA SUKAN 2012

Sukan 2012 bermula
Salam SKKB.  Pada 20-21 Oktober yang lalu dilangsungkan Temasya Sukan 2012.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara tahunan ini dalam keadaan sederhana tetapi tetap meriah.  Untuk snapshot tenasya ini boleh layari akaun Facebook SKKB.  Majulah sukan untuk semua.

Sunday, 21 October 2012

GOTONG-ROYONG 2

Membina khemah untuk Murid rumah sukan

Kelihatan En. Awang mengetuai pembinaan khemah ini

Pemasangan kanvas sebagai atap khemah 

Lorong untuk acara balapan

Khemah yang sedang dibina untuk tempat ahli rumah sukan berteduh dari panas matahari

Kelihatan padang yang dikelilingi oleh banting

Mengindahkan mini astaka SKKB

Melitupi tiang astaka dengan daun kelapa yang telah dianyam cantik

Membersihkan bilik RMT dan PSS untuk tempat Jamuan

Enci Achik sedang membantu warga SKKB menceriakan astaka

Padang yang telah siap sedia untuk Sukan 2012 
Salam SKKB.  Gotong-royong kali ke-2 diadakan pada 18 September dengan agenda menyiapkan kerja memasang banting dan mengecat lorong balapan.  Di samping itu membina khemah tambahan untuk murid rumah sukan dan Khemah urusetia telah dilakukan pada petang yang sama.  Para ibu pula ditugaskan untuk mengemas Bilik RMT dan PSS di samping menceriakan Mini Astaka.  Terima kasih kepada semua yang terlibat.

GOTONG-ROYONG 1

Tapak serbaguna yang telah dibuat pemanjangan siap sedia untuk dijadikan  Gelanggang Bola  Tampar
Kelihatan Ustaz Noh sedang meratakan simen

Gotong royong 1 sempena sukan SKKB 2012 

Mencampur bahan konkrit
Salam SKKB.  Gotong - royong pertama sempena Sukan SKKB 2012 dijalankan pada 15 September 2012.  Ahli PIBG dan warga SKKB menjalankan aktiviti menyimen tapak serbaguna di samping membuat persediaan padang.  Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk aktiviti ini.

PEMANJANGAN TAPAK SERBAGUNA SKKB

Menggali tanah untuk menyimen pemanjangan tapak serbaguna 

Murid Tahun 6 juga terlibat sama seperti dalam Program Pasca UPSR 2012 

Tanah yang telah siap digali sedia untuk disimen
Salam SKKB.  Setelah dipersetujui bersama,  warga SKKB telah menjalankan program memanjangkan  tapak perhimpunan untuk memastikan tapak sedia ada dapat digunakan untuk aktiviti riadah yang lain.  Pemanjangan tapak ini memerlukan warga SKKB menggembeleng tenaga dan tulang empat kerat kerana tugas ini memerlukan mereka berada di bawah panas terik matahari.  Apa pun syabas kepada semua kerana dapat memastikan ia dapat dilaksanakan untuk persediaan Sukan Tahunan 2012.

TAPAK SERBAGUNA SKKB

Projek Tapak Serbaguna SKKB

Kawasan di mana dicadang dilakukan pemanjangan tapak

Gambar tapak serbaguna dari blok sekolah
Salam SKKB.  Projek pembinaan Tapak Serbaguna SKKB ini adalah susulan permohonan pihak sekolah untuk diwujudkan tapak bersimen di hadapan blok sekolah untuk kemudahan perhimpunan dan aktiviti sukan.  Maka itu projek ini dapat dilaksanakan pada September yang lepas dibawah peruntukan Majlis Daerah Subis.  Dengan adanya tapak ini, dapatlah menjadi tempat yang selesa untuk perhimpunan dan aktiviti seperti bermain Bola Tampar dan Bola Baling.