SELAMAT DATANG KE SKKB

Saturday, 5 December 2015

RIMUP 2015 SK KAMPUNG BULAU

Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa, Salam SKKB,

Pada 13 November 2015, SK Kampung Bulau telah mengadakan RIMUP 2015 di padang sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid-murid. Gambar dibawah diambil sepanjang aktivit tersebut dijalankan.










BULAU POPSTAR 2015

Salam Sejahtera dan Salam SKKB,

Pada 7 November 2015 yang lalu, SKKB telah mengadakan Bulau Popstar 2015 di Dewan Serbaguna Kampung Bulau. Objektif utama adalah untuk mencungkil bakat menyanyi dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah juga turut mengadakan pertandingan karaoke terbuka kepada orang kampung. Berikut adalah gambar suasana kemeriahan majlis tersebut.
Kumpulan Jejaka Bulau

Pengacara Konsert Bulau Popstar- Ken and Fiq

Kumpulan Super Girls Bulau

Kemeriahan pada malam konsert

Persembahan terbaik  Bulau Popstar 2015- Adik Akmal

Friday, 25 September 2015

BUAYA DITANGKAP DI SUNGAI SIBUTI.

Salam Sejahtera,

Pada 9 Jun 2015 yang lalu, Kampung Bulau digemparkan oleh penangkapan dua ekor buaya di Sungai Sibuti. Buaya tersebut ditangkap oleh pihak Sarawak Forest Corporation dan Pihak Pertahanan Awam kerana buaya tersebut telah berada terlalu dekat dengan kawasan kampung. Seekor lagi buaya ditangkap di Kampung Mutap iaitu kampung bersebelahan dengan Kampung Bulau. Buaya yang ditangkap di Kampung Bulau adalah seberat 1 tan dan panjang 12 kaki manakala buaya yang ditangkap di Kampung Mutap adalah seberat 1 tan dan panjang 13 kaki. Buaya tersebut telah dipindahkan ke Miri Crocodile Farm yang terletak di Kuala Baram.  Berikut adalah gambar yang diambil semasa penangkapan buaya-buaya tersebut.

Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau

Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau

Buaya yang ditangkap di Kpg Bulau

Buaya yang ditangkap di Kpg Mutap

Pesta Makan Buah-Buahan SK Kampung Bulau

Salam SKKB dan salam sejahtera,

Pada 14 September 2015, SK Kampung Bulau telah mengadakan satu pesta makan buah-buahan tempatan. Kebetulan pula, pada bulan ini adalah musim buah-buahan. Pelbagai jenis buah seperti buah durian, buah manggis, rambutan dan buah terap disajikan kepada semua warga SK Kampung Bulau.







Calon-Calon UPSR SK KAMPUNG BULAU 2015

Salam SKKB dan Salam sejahtera,

Pada 8-10 September 2015, UPSR  telah berlansung dengan jayanya di seluruh negara. Pada tahun ini, hanya tiga orang calon sahaja yang berdaftar. Calon-calon UPSR pada tahun ini adalah adik Izdiyad Muslihuddin Bin Muslim, adik Khairul Azhar bin Simoto dan adik Mohamad Hilary Hussein bin Mohd Firdaus Bolhan. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya.

Adik Hussein dan Ibunya Puan Norita.

Adik Izdiyad dan bapanya Encik Muslim

Adik Azhar dan ibunya Puan Findah

PSKPP BAHAGIAN MIRI

Salam SKKB dan salam sejahtera,

Pada 22 Ogos 2015, SK Kampung Bulau telah menghantar dua orang guru untuk menyertai PSKPP Bola Sepak Bahagian Miri anjuran PPD Marudi. Guru-guru yang terlibat ialah Cikgu Kenedy anak Pangkau dan Cikgu Hannis Syafiq Bin Omar. Perjalanan ke Pekan Marudi merupakan satu 'trip' yang pertama kepada guru-guru yang lain. Guru-guru yang lain turut serta menjadi penyokong kepada Cikgu Kenedy dan Cikgu Syafiq. Tahniah kepada kedua-dua guru tersebut kerana meraih tempat ketiga dalam perlawanan bola sepak tersebut.









Thursday, 24 September 2015

Ramah Tamah Aidilfitri 2015

Salam Sejahtera,

Pada 13 Ogos 2015, SKKB telah mengadakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri bertemakan Riang Ria Raya Kpg Bulau yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Bulau. Majlis berlangsung dengan meriahnya bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah gambar yang diambil semasa majlis tersebut berlangsung.