Salam SKKB, petang tadi sempat menghadiri Mesyuarat MTAQ di SK Kampung Subak. Bermula jam 2.30 petang. Berikut adalah dapatan dari mesyuarat berkenaan :
1.MTAQ Sibuti akan berlangsung di SK Bekenu pada 28 Mac 2012 (Rabu) jam 2.00 petang. Pendaftaran peserta pada 1.30 petang.
2.Pengerusi Pengelola Hafazan-SK Kampung Subak dibantu oleh SK Bungai dan SJKC Chung Hua Sibuti
3.Pengerusi Pengelola Tilawah-SK Kampung Selanyau dibantu oleh SK Tawakal Satap dan SK Beliau Isa
4.Pengerusi Pengelola Bercerita Kisah Nabi-SK Beliau Ahad dibantu oleh SK Kuala Sibuti dan SK Keluru Tengah
5.Pengerusi Pengelola Nasyid & Kompang Selawat-SK Kampung Masjid dibantu oleh SK Kampung Angus dan SK Kampung Bulau
Agihan hakim setiap venue telahpun dilakukan pada mesyuarat ini dan akan dimaklumkan kepada semua melalui surat MGB Sibuti yang akan diedarkan pada Isnin depan.
Daerah Subis juga telah dipilih untuk pengelola MTAQ peringkat Bahagian. MTAQ Peringkat Daerah akan dikelola oleh Zon Niah.
Untuk SKKB, sekolah telah diamanah untuk membantu mengendalikan Pertandingan Nasyid & Kompang Selawat yang akan diadakan di Dewan Makan SK Bekenu. Cikgu Ramlee Bin Kamis (Juruacara), Ustaz Mohd Noh Bin Laden (Hakim Lirik Nasyid&Kompang Selawat) dan Cikgu Mohd Farid Bin Jamburi (Juru Kira) dipilih dalam JK Kerja Nasyid & Kompang Selawat
Mesyuarat ditangguhkan pada 5.30 petang.