Integriti Amalan Kita |
Salam SKKB. Kelmarin bersamaan dengan 27 Mac 2012 sekitar
jam 12 tengahari, SKKB telah dilawati oleh 4 orang pegawai PDRM dari Balai Polis Bekenu. Tujuan lawatan adalah untuk
memperkenalkan pegawai perhubungan yang terlibat secara langsung di dalam memantau
perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan laporan aktiviti
sepanjang tahun yang berlaku di sekolah.
Lans Kopral Yussof merupakan pegawai perhubungan polis untuk SKKB. Beliau memaklumkan tentang keperluan laporan
dibuat untuk sebarang aktiviti yang berlaku di sekolah untuk laporan bulanan
beliau. Semoga kehadiran mereka dapat
memastikan keselamatan kawasan sekolah terjamin dan selamat.
No comments:
Post a Comment