SELAMAT DATANG KE SKKB

Tuesday 16 December 2014

SUKAN TAHUNAN 2014

Salam Sejahtera dan Salam SKKB,

Pada 24 dan 25 Oktober 2014 yang lepas, SKKB dan PIBG SKKB  telah menganjurkan Sukan Tahunan 2014 di perkarangan sekolah. Kejohanan Sukan Tahunan 2014 merupakan sukan tahunan yang paling meriah pernah diadakan, Kejohanan Sukan Tahunan 2014 telah mendapat sambutan yang cukup baik bukan sahaja daripada warga penduduk Kampung Bulau,malah kampung berhampiran seperti Kampung Mutap, Kampung Sinup dan warga Ladang Template Plantation turut serta menyertai kemeriahan sukan Tahunan SKKB. Pada tahun ini, sukan tahunan juga terbuka kepada orang ramai untuk turut bersama menyertai sukaneka  seperti motosikal lambat, tarik tali dan makan biskut. Cabutan bertuah, teka berat buah labu, dan teka berapa banyak gula-gula di dalam botol turut mendapat sambutan yang sungguh memuaskan. Berikut adalah gambar yang diambil semasa sukan tahunan 2014.























 

No comments:

Post a Comment