SELAMAT DATANG KE SKKB

Sunday 6 December 2015

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Kampung Bulau 2015



Warga guru SK Kampung Bulau

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam SKKB,

Pada 18 November 2015 yang lalu, SK Kampung Bulau telah mengadakan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2015. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna SK Kampung Bulau. Pada hari itu juga, pengumuman keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) juga berlangsung. SK Kampung Bulau telah mencipta sejarah mendapat keputusan 100% tiga tahun berturut-turut. SK Kampung Bulau juga melahirkan seorang murid mendapat 5A, iaitu Adik Izdiyad Muslihudin Bin Muslim. Keputusan yang baik juga disandang oleh adik Mohamad Hilary Hussein Bin Mohd. Firdaus Bolhan ( 1A 2B 2C) dan adik Khairul Azhar bin Simoto (3B 2 C). Tahniah kepada semua murid tahun 6. Grad purata sekolah SK Kampung Bulau pada tahun 2015 ialah pada paras 1.8. Tahniah dan syabas kepada usaha semua guru SK Kampung Bulau dan kerjasama semua ibu bapa.
Bulau Menjulang, Bulau Berjasa, Bulau Berjaya!

Tahniah kepada adik Izdiyad
Tahniah kepada adik Hussein

Tahniah kepada adik Azhar

Kebanggaan SK Kampung Bulau 2015.
Warga sekolah bergambar dengan murid Tahun 6 2015








No comments:

Post a Comment