Salam Sejahtera dan Salam SKKB
Pada 16 November 2014 yang lepas, SKKB telah menganjurkan Malam Aspresiasi Seni Kebudayaan 2014 di dewan terbuka Kampung Bulau. Malam Aspresiasi Seni Kebudayaan ini telah dikendalikan oleh Cikgu Nurasyidah selaku penyelaras dan dibantu oleh Cikgu Jordan. Majlis ini merupakan majlis yang pertama sekali diadakan di Kampung Bulau. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengenali kebudayaan dan kesenian masyarakat berbilang kaum di Malaysia, Permainan traditional seperti chap teh, tali bintang dan perahu undur, chumei telah diadakan pada sebelah petang manakala tarian tradisional seperti Ngajat Indu (Suku kaum Iban), Odi Kebun(Suku kaum Bidayuh), Adai-adai (Suku kaum Kedayan) dan Menyak (Suku kaum Melanau). Guru-guru dan staf SK Kpg Bulau juga menari tarian Jamilah bagi menghangatkan suasana pada malam tersebut. Pihak PIBG turut mempersembahkan Bermukun pada malam tersebut. Berikut adalah gambar yang diambil pada sebelah petang dan malam Seni kebudayaan.
Wednesday, 17 December 2014
Tuesday, 16 December 2014
SUKAN TAHUNAN 2014
Salam Sejahtera dan Salam SKKB,
Pada 24 dan 25 Oktober 2014 yang lepas, SKKB dan PIBG SKKB telah menganjurkan Sukan Tahunan 2014 di perkarangan sekolah. Kejohanan Sukan Tahunan 2014 merupakan sukan tahunan yang paling meriah pernah diadakan, Kejohanan Sukan Tahunan 2014 telah mendapat sambutan yang cukup baik bukan sahaja daripada warga penduduk Kampung Bulau,malah kampung berhampiran seperti Kampung Mutap, Kampung Sinup dan warga Ladang Template Plantation turut serta menyertai kemeriahan sukan Tahunan SKKB. Pada tahun ini, sukan tahunan juga terbuka kepada orang ramai untuk turut bersama menyertai sukaneka seperti motosikal lambat, tarik tali dan makan biskut. Cabutan bertuah, teka berat buah labu, dan teka berapa banyak gula-gula di dalam botol turut mendapat sambutan yang sungguh memuaskan. Berikut adalah gambar yang diambil semasa sukan tahunan 2014.
MAJLIS IZIN ILMU 2014
Salam Sejahtera dan Salam SKKB,
Pada 22 Oktober 2014 yang lepas, SKKB telah mengadakan majlis izin ilmu kepada murid-murid Tahun 6 yang menduduki UPSR. Majlis tersebut juga melibatkan semua penduduk Kampung Bulau. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah SKKB dan semua penduduk kampung Bulau. Semoga SKKB sentiasa diberkati Tuhan.
| Ibu Bapa dan semua penduduk kampung Bulau hadir pada majlis Izin Ilmu. |
| Calon UPSR SKKB 2014 (Dari Kiri ke Kanan: Asri, Fitriyah, Dayana, Firdaus) |
| Selamat Berjaya kepada calon UPSR 2014 |
Kem 1 MURID,1 SUKAN 2014
Salam sejahtera dan Salam SKKB,
Pada 17 Oktober 2014 yang lepas , SKKB telah menganjurkan Kem 1 murid 1 Sukan di padang sekolah. Kem tersebut dikendalikan oleh Cikgu Maria selaku penyelaras dan dibantu oleh semua guru dan staf. Aktivit seperti futsal dan softball (diketuai oleh Cikgu Syafiq), rugby ( diketuai oleh Cikgu Kenedy), dan senamrobik dan gymnastik (diketuai oleh Cikgu Maria). Aktivit tersebut berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu untuk menjayakan Kem 1 Murid 1 Sukan.

Monday, 20 October 2014
Perkhemahan TKRS Edisi 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pada 17-19 Oktober yang lepas SKKB telah menganjurkan Perkhemahan TKRS Edisi 2014 di perkarangan sekolah. Perkhemahan kali ini telah dikendalikan oleh Guru Penasihat TKRS iaitu Cikgu Kenedy dan dibantu oleh semua guru, staf dan warga SK Kampung Bulau.
Perkhemahan ini melibatkan 19 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Perjalanan program berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima Kasih diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat menjayakan program ini.

| Murid-murid membina khemah. |
| Cikgu Kenedy menggali parit. |
| Fuhh,.letihnya selepas aktiviti dalam hutan. |
| Cikgu Maria mewakili guru besar untuk majlis penangguhan Kem TKRS 2014 |
| YEAHHH Kem tkrs dah tamat!! |
Saturday, 28 June 2014
Program Motivasi Cara Menjawab Soalan UPSR ANJURAN SARAWAK SHELL BERHAD
Salam SKKB dan salam sejahtera,
Pada 22 Jun 2014 yang lalu, SKKB telah menghantar 4 orang murid Tahun 6 ke Program Motivasi Cara menjawab soalan UPSR anjuran Sarawak Shell Berhad. Guru pengiring ialah Cikgu Jordan Jerome anak Assan. Pihak sekolah amat mengharapkan peningkatan prestasi dalam pelajaran mereka selapas menghadiri program motivasi tersebut. Berikut adalah gambar yang diambil semasa program tersebut dijalankan.

| Di dalam bas persiaran membawa murid ke Eastwood Valley |
| Kain rentang program motivasi |
| Harapan SKKB UPSR 2014: Dari Kiri: Asri, Firdaus, Fitriyah dan Dayana |
| Sarapan pagi..nomnomnom |
| Pelajar-pelajar yang mengikuti program motivasi tersebut. |
| SK RH Essau dan SK Kpg Bulau |
| Cikgu Jordan menerima cenderamata dari pihak Sarawak Shell Berhad |
| Asri menerima sijil pernyertaan bagi pihak sekolah. |
| Keletihan sampai tertidur.,,kesiannya... |
| Entah apa dilamun Dayana tu... Alahai Fitriyah, kesiannya menahan mabuk duduk dalam bas.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)