SELAMAT DATANG KE SKKB

Tuesday, 15 May 2012

HARI GURU SKKB 2012

Seiring, sejalan
Salam SKKB.  Pada hari ini 16 Mei 2012, kejutan telah dibuat oleh PIBG SKKB untuk para guru di sekolah ini.  Sambutan dibuat sepenuhnya oleh PIBG untuk menghargai jasa guru yang bertungkus-lumus memastikan anak-anak didik mendapat pendidikan sewajarnya.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan bola baling antara guru dan PIBG serta jamuan ringan di samping ucapan dan penyampaian hadiah untuk para guru.  Terima kasih kepada YDP PIBG iaitu En. Muslim Bin Ajak di atas usaha murni ini.  Kita berdoa agar majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan meriah.

Tuesday, 8 May 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 2012

Jadual Waktu PPT 2012
Salam SKKB, PPT akan bermula pada minggu hadapan.  Kita meminta semua ibu bapa dan murid SKKB bersedia untuk ujian berkenaan.  Kelas yang terlibat adalah dari Tahun 3 hingga ke Tahun 6.  Harap maklum.

Monday, 7 May 2012

TAKZIAH

Al-fatihah
Salam SKKB.  Kita baru sahaja menerima berita menyedihkan.  Ibu kepada Pn. Miriwati telah kembali ke rahmatullah semalam di Hospital Miri.  Jenazah beliau telah dibawa pulang ke Kampung Satap pada malam itu jugak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Satap keesokan harinya.  Semoga roh beliau dicucuri limpah rahmat Allah s.w.t dan berada di kalangan golongan yang beriman.  Al-fatihah.

APC 2011

Pn. Miriwati Binti Hj Abu Bakar (PK1)
Salam SKKB.  Pada April yang lalu, telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmtan Cemerlang peringkat PPD Subis.  Tahniah kita ucapkan kepada Pn. Miriwati kerana telah terpilih untuk anugerah berkenaan.  Semoga dedikasi dan kecemerlangan dalam menjalankan tugas seharian akan mendorong warga SKKB ke arah memperkasakan lagi program akademik dan ko-kurikulum sekolah pada setiap masa. 

Tuesday, 27 March 2012

Lawatan Pegawai Perhubungan Polis ke SKKB

Integriti Amalan Kita


Salam SKKB.  Kelmarin bersamaan dengan 27 Mac 2012 sekitar jam 12 tengahari, SKKB telah dilawati oleh 4 orang pegawai PDRM dari Balai Polis Bekenu.  Tujuan lawatan adalah untuk memperkenalkan pegawai perhubungan yang terlibat secara langsung di dalam memantau perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan laporan aktiviti sepanjang tahun yang berlaku di sekolah.  Lans Kopral Yussof merupakan pegawai perhubungan polis untuk SKKB.  Beliau memaklumkan tentang keperluan laporan dibuat untuk sebarang aktiviti yang berlaku di sekolah untuk laporan bulanan beliau.  Semoga kehadiran mereka dapat memastikan keselamatan kawasan sekolah terjamin dan selamat.

MTAQ 2012

Ustaz Ahyat memberi penerangan sempena Mesyuarat MTAQ Zon Sibuti 

Salam SKKB.  Pada 23 Mac 2012 telah diadakan Mesyuarat pemilihan JK Induk dan Hakim MTAQ di SK Kampung Subak.  Cikgu Ramlee Bin Kamis telah hadir mewakili SKKB untuk sesi mesyuarat berkenaan.  Antara yang hadir adalah Pengerusi MGB Zon Sibuti, Guru Besar SK Kampung Bungai, Guru Besar sekolah terdekat dan para ustaz dan ustazah di samping Guru j-QaF.  Anatara perkara yang dibincangkan adalah penubuhan JK Induk dan Hakim Pertandingan serta JK Pengelola setiap venue.  Mesyuarat bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.40 petang.  Ustaz Ahyat mengepalai pemilihan berkenaan. 

MTAQ Zon Sibuti akan berlangsung pada Rabu, 28 Mac 2012 di SK Bekenu pada jam 1.30 petang (pendaftaran) dan bermula pada jam 2.00 petang.  Bagi peringkat Daerah pula, Zon Niah akan mengelola acara berkenaan.  MTAQ Bahagian Miri pula akan dikendalikan oleh PPD Subis pada tahun ini bertempat di SK Bekenu.

VERIFIKASI EMIS 2012

Taklimat EMIS berlangsung di Bilik Tayangan, PKG Subis

Salam SKKB.  Taklimat EMIS pada tahun ini telah diadaan pada 22 Mac 2012 bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang di PKG Subis.  Cikgu Ramlee Bin Kamis (Guru Data) telah datang untuk verifikasi ini.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengemaskini semua Data yang terdapat di EMIS SKKB untuk kutipan data setakat 31 Mac 2012.  Taklimat di ketuai oleh Cikgu Jafar, pegawai EMIS PPDSubis.  Di samping itu, dibincangkan juga cara pengisian EMIS untuk Guru Data yang baru serta mebuat semakan untuk ralat yang ada di Daerah Subis.  Perincian dibuat untuk data yang bermasalah.