SELAMAT DATANG KE SKKB

Saturday 14 January 2012

SEJARAH RINGKAS SKKB


Blok sekolah sesi 2011


Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 1961, ia dinamakan bersempena dengan nama kampung ini iaitu Kampung Bulau.  Perjalanan ke sekolah mengambil masa 1 jam dengan menaiki bot atau 40 minit ke 1 jam jika menggunakan jalan darat dari Pekan Bekenu.  Ia terletak di kawasan pedalaman 1 seperti takrifan Pejabat Pelajaran Daerah Subis.  Sekolah ini telah memberi kesan yang besar kepada penduduk sekitar amnya dan kepada Kampung Bulau khususnya.  Semenjak penubuhannya, beberapa perubahan telah dilakukan agar sekolah ini maju selari dengan keadaan semasa.  Antaranya, seperti pembinaan bangunan sekolah serta kuarter guru dan penambahbaikan dari masa ke semasa.  Pelbagai program akademik dan ko-kurikulum juga dirancang dengan teliti untuk memastikan prestasi sekolah berada pada sasaran sejajar dengan visi dan misi sekolah.  Selain itu,  janakuasa elektrik 24 jam telah disediakan oleh kerajaan sejak 2 tahun yang lepas memberi nafas baru dalam memudahkan tugas guru di sekolah.   Sehingga kini, terdapat seramai 11 orang guru di sekolah ini berbanding 7 orang guru sahaja suatu masa dahulu.  Jumlah murid pula sekitar 26 orang pada setiap tahun.  Kita berharap, dari masa ke semasa, sekolah ini akan terus meningkat tidak kira dari segi akademik, ko-kurikulum mahupun pentadbiran.

No comments:

Post a Comment