SELAMAT DATANG KE SKKB

Sunday 22 January 2012

SERANGAN BUAYA GANAS DI KAMPUNG BULAU

Mangsa serangan buaya Bulau
Malang tidak berbau, begitulah nasib yang menimpa salah seorang abang murid SKKB yang dibaham buaya pada tahun lepas.  Kejadian menggemparkan ini membuat pihak pentadbiran sekolah memberi taklimat tergempar kepada guru dan murid agar berhati-hati semasa berada di sungai dan memastikan keselamatan diri dijaga pada setiap masa.  Berikut adalah petikan akhbar tentang insiden berkenaan;

MY METRO, SABTU, 5 NOVEMBER, 2011

‘Saya nekad terajang’

MIRI: “Tidak rela jasad berkubur dalam perut buaya, saya nekad menendang reptilia itu beberapa kali walaupun terpaksa menahan kesakitan dan akhirnya berjaya melepaskan diri,” kata seorang lelaki yang berjaya melepaskan diri selepas dibaham seekor buaya di Sungai Sibuti dekat Kampung Bulau, Bekenu disini,kelmarin.

Johari Simuto, 23, berkata pengalaman bertarung dengan reptilia itu selama kira-kira tiga minit kini menjadi pengalaman tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat dan menganggapnya benar-benar insiden mati hidup semula.
Sebelum kejadian, Johari turun ke jeti berkenaan seorang diri untuk mandi selepas pulang membantu ibu bapanya di kebun, sebelum terjatuh ke dalam sungai akibat dilibas buaya terbabit, kira-kira jam 7 malam.

“Dalam keadaan kelam-kabut, saya sempat berpaut pada tiang jeti sebelum bertarung dengan buaya itu biarpun tidak melihatnya dengan jelas,” katanya.

Mengimbas kembali insiden ngeri itu, Johari berkata, dia langsung tidak menyedari kehadiran buaya terbabit, malah keadaan air pasang yang agak tenang ketika itu menyebabkannya tidak terfikir kehadiran haiwan ganas itu.

No comments:

Post a Comment